Saturday, December 4, 2010

Pekerja Everland Theme Park Yang Prihatin

Pekerja Everland Theme Park
Lelaki Korea Selatan ini sedang sibuk membersihkan salji di tanah. Dia ialah seorang pekerja Everland Theme Park Korea Selatan.

Jalan-jalan di dalam Everland Theme Park akan diliputi dengan salji semasa musim sejuk. Anda harus berhati-hati kerana jalan-jalan tersebut basah dan licin. Pekerja Everland Theme Park yang prihatin akan bertungkus-lumus membuang salji untuk memastikan keselamatan pengunjung.

Saya masih ingat bahawa seorang wanita terpeleset di tanah yang licin. Dia mengeluh punggungnya sakit sepanjang lawatan di Korea Selatan. Sekiranya anda tidak memiliki kehidupan musim sejuk, anda perlu memakai kasut dengan tapak geseran baik semasa mengunjung Korea Selatan pada musim sejuk.

Menyesuaikan iklim adalah amat penting ketika melancong ke negara yang cuacanya berbeza. Ia akan menjadi mimpi ngeri jika anda tidak mampu melakukannya.

Pautan Berkaitan
Istana Deoksu Korea Selatan
Istana Gyeongbok Korea Selatan
Imformasi Melancong Korea Selatan


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.