Sunday, September 5, 2010

Poskad Menara Hanbit Taman Ekspo Sains Daejeon

Poskad Menara Hanbit Daejeon
Poskad ini dihantar oleh anak saya yang melancong di Daejeon, Korea Selatan. Daejeon terletak di bahagian tengah Korea Selatan. Ia merupakan kota terbesar kelima Korea Selatan.

Poskad Menara Hanbit Daejeon
Bangunan dalam poskad di atas adalah Menara Hanbit yang terdapat di Taman Ekspo Sains Daejeon. Menurut maklumat yang diberitahu oleh anak saya, Menara Hanbit dibina pada 1993 semasa Ekspo 93 diadakan di Daejeon. Kini, tapak Ekspo 93 telah dijadikan Taman Ekspo Sains yang menarik ramai pelancon dari seluruh dunia.

Sekiranya anda berkunjung ke Daejeon, ingatlah singgah di Taman Ekspo Sains untuk menyaksikan pelbagai bangunan canggih Korea Selatan.

Pautan Berkaitan
Istana Gyeongbok Korea Selatan
Informasi Melancong Korea Selatan
Everland Theme Park Korea Selatan

1 comment:

  1. SeLaMaT HaRiRaYa AidulFitri. MaaF ZaHiR dan BaTiN.. SeMoGa GeMBiRa berSaMa KeLuaRGa.. :)

    ReplyDelete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.