Tuesday, June 9, 2009

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Melaka 2009(1)

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka 2009 telah diadakan dengan berjaya pada 28/04/2009 di auditorium Kolej Komuniti Merlimau, Melaka. Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Umbai, Merlimau, Melaka merupakan pihak pengelola pertandingan tersebut.

Seramai 14 buah sekolah rendah di Melaka menyertai pertandingan ini. Berikut ialah maklumat beberapa orang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Peserta yang jelita ini bernama Devaki. Dia mewakili SJKC Merlimau, Melaka. Cerita Devaki bertajuk "Puteri Yang Gemari Menyanyi".

Pertandingan Bercerita Bahasa InggerisWakil SJKC Ting Hwa, Meleka bernama Mirabelle Tan Wei Chi. Para hadirin tertarik oleh cerita Mirabelle Tan Wei Chi yang bertajuk "Gembala yang Jujur".

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
"Pengembaraan Panipa" yang disampaikan oleh Ho Zhuan Rui sungguh menarik. Ho Zhuan Rui bertanding atas tiket SJKC Pay Chiao, Melaka.

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
M. Mirza Ismat Muzamil menyampaikan cerita yang bertajuk "Puteri Burung Tekukur". Persembahan M. Mirza Ismat Muzamil dapat menawan hati panel hakim dan berjaya mendapat tempat kelima.


No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.