Sukan Olimpik Beijing 2008 yang telah menjadi tumpuan dunia sedang di langsungkan di Beijing, China. Api Olimpik yang melambangkan keamanan dan keharmonian sedunia itu masih bernyala di stadium "Sarang Burung" di Beijing.Walaupun tidak berpeluang ke Beijing untuk menyaksikan pesta sukan yang terunggul di dunia tetapi saya dapat berkongsi suka dan duka peserta-peserta Sukan Olimpik melalui menonton siaran langsung televisyen.

Maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 diberi nama Fuwa. Ia terdiri daripada lima anggota yang berwarna biru, hitam, merah, kuning dan hijau. kelima-lima warna ini mewakili lima lingkaran Sukan Olimpik.
Fuwa bermisi menyampaikan informasi kesahabatan, keamanan, keharmonian,s ikap positif dan mencintai alam sekitar kepada kanak-kanak sedunia.
Fuwa mempunyai nama masing-masing, iaitu "Beibei", "Jingjing", "Huanhuan", "Yingying" dan "Nini". Sekiranya mencantumkan semua nama Fuwa, ia akan menjadi "北京欢迎你" yang bermaksud "Selamat Datang Ke Beijing".








