Thursday, March 27, 2008

Bunga Sakura

Bunga Sakura
Bunga SakuraKedua-dua gambar bunga sakura ini diambil oleh anak saya yang bermastautin di Seoul, Korea Selatan. Dia telah berada di Seoul sejak 2005. Dia balik ke kampung semasa cuti akhir tahun pada bulan Disember tahun lalu.

Menurut anak saya, bunga sakura mulai berkembang pada bulan Mac semasa musim bunga di Seoul. Suhu pada musim bunga di Seoul adalah di antara
10°C hingga 20°C. Suhu ini sesuai untuk bunga sakura berkembang dengan secantik-cantiknya.

Gamgar yang kedua di atas menunjukkan penduduk bandar raya Seoul membanjiri taman bunga sakura demi menikmati kecantikan bunga sakura.

Saya dan isteri mungkin mengunjungi anak saya pada musim bunga tahun depan. Saya berharap ini dapat menjadi kenyataan supaya berpeluang menyaksi kecantikan bunga sakura.

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.