Thursday, September 18, 2014

Makan Tengah Hari Di Lugu


Lugu Taiwan

Dalam perjalanan ke Sun Link Sea, kami singgah di Lugu untuk makan tengah hari.

Peta Lugu Taiwan

Peta Google ini menunjukkan lokasi Lugu yang terletak di Daerah Nantou di bahagian tengah Taiwan.

Restoran 35 Ayam Tempayan

Kami menikmati makanan Taiwan di Restoran 35 Ayam Tempayan yang menghidangkan ayam tempayan Lugu.

Ayam Tempayan

Ayam tempayan Restoran 35 Ayam Tempayan sungguh enak. Kami makan ayam tempayan hingga menjilat jari.

Lemang

Hidangan kedua ialah lemang Kaum Asli Taiwan. Rasa lemang ini berbeza dengan lemang yang kami makan di Malaysia.

Tomyam Udang

Hidangan ini ialah tomyam udang Taiwan. Sup tomyam ini tidak pedas atau masam. Semua udang itu segar dan sedap.

Ikan Tumis

Ikan tumis yang dihidangkan oleh Restoran 35 Ayam Tempayan juga lazat. Kami makan ikan tumis ini hingga hanya tinggal tulang ikan.

Keladi Goreng

Saji dalam gambar ialah keladi goreng. Oleh kerana dihidang sama masa dengan makanan lain, tidak pasti keladi goreng ini pembuka selera atau pembasuh mulut.

Restoran 35 Ayam Tempayan

Gambar ini menunjukkan Restoran 35 Ayam Tempayan. Ayam yang siap diperap dengan rempah ratus digantung dan dipanggang dalam tempayan besar.

Kayu Longan

Kayu yang digunakan untuk memanggang ayam tempayan ialah kayu longan. Selain kayu longan, kayu lychee juga digunakan untuk memangagang ayam tempayan.

Restoran Taman Teh Bethlehem

Restoran Taman Teh Bethlehem terdapat di sebelah Restoran 35 Ayam Tempayan. Makanan yang disediakan termasuk masakan teh, rebung buluh dan lemang sayuran.

Restoran Lung Sun

Restoran Lung Sun didapati berhadapan dengan Restoran 35 Ayam Tempayan. Pelanggang mempunyai pelbagai pilihan di Restoran Lung Sun.

Di samping makanan istimewa Taiwan, pengunjung juga boleh menghayati keindahan matahari terbenam dan pemandangan indah Lugu.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artike Ini
Profil Google Zuiyanhong
Bakeri Vigor Kobo Taiwan
Pasar Malam Shilin Taiwan

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.