Friday, January 27, 2012

Kemeriahan Tahun Baru Lunar Di Persiaran Jonker



Share

Persiaran Jonker

Walaupun hari ini hari kelima Tahun Baru Lunar, suasana perayaan di Persiaran Jonker sungguh meriah.

Persiaran Jonker dikenali sebagai Jalan Jonker sebelum menjadi tarikan pelancong yang popular. Sejak bertukar menjadi tarikan pelancong, Persiaran Jonker sentiasa penuh dengan berpuluh-ribu pelawat dari seluruh dunia setiap minggu.

Tanglung besar berwarna merah digantung di semua jalan di Melaka pada Tahun Baru Lunar. Sebuah pentas terbuka di Persiaran Jonker bersedia untuk menyampaikan pelbagai persembahan kebudayaan.

Terdapat banyak kedai-kedai di sepanjang Persiaran Jonker. Kedai-kedai tersebut menjual berjenis-jenis barangan termasuk antik, cenderamata, kuih-muih lazat, produk tempatan dan makanan Nyonya. Restoran pelawat mesra yang membekal makanan barat dan tempatan juga didapati di Persiaran Jonker. Sekiranya anda ingin mengurut kaki, Persiaran Jonker adalah destinasi yang sesuai dikunjungi.

Jika anda berada di sekitar Melaka, ingat menjejak kaki ke Persiaran Jonker untuk menikmati hidangan sahih Melaka dan membeli cenderamat buatan Melaka.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Tetamu Khas Tahun Baru Cina
Tahun Naga Emas Makmur Dan Bertuah

Monday, January 23, 2012

Tahun Naga Emas Makmur Dan Bertuah



Share

Tarian Naga

Hari ini merupakan hari pertama Tahun Baru Lunar. Tahun ini ialah Tahun Naga yang berkuasa.

Rakyat Malaysia gairah mengubah kerajaan. Semoga impian kami dapat menjadi kenyataan pada Tahun Naga yang bertenaga.

Saya ingin mengucapkan gong xi fa cai kepada semua rakan dan pengunjung blog ini.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Tetamu Khas Tahun Baru Cina
Selamat Menyambut Tahun Arnab