Sunday, June 9, 2013

Pasar Pokok Pinang Kota Bharu

Kota Bharu

Selain Pasar Siti Khadijah yang merupakan icon pelancongan, terdapat sebuah pasar mini di ibu kota Kelantan iaitu Kota Bharu.

Pasar tersebut bernama Pasar Pokok Pinang dan terletak di Jalan Hilir Pasar, Kota Bharu. Pelbagai barangan dapat dibeli di Pasar Pokok Pinang termasuk ayam, buah-buahan, makanan laut, sayur-sayuran dan makanan kering.


Wanita Melayu

Kebanyakan peniaga di Pasar Pokok Pinang ialah kaum wanita Melayu. Keadaan ini telah menjadi satu keistimewaan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Melawat ke merata-rata tempat bukan sahaja mampu melegakan tekanan jiwa tetapi juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan yang tidak terkandung dalam buku.


Kota Bharu

Pergi ke Pasar Pokok Pinang senang saja kerana stesen bas dan stesen teksi boleh didapati berhampiran. Oleh sebab itu anda boleh menaiki teksi atau bas awam ke Pasar Pokok Pinang.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Kediaman Nik Aziz
Golok Dan Rantau Panjang
Sekolah Chung Hwa Kelantan
Pantai Irama Bachok Kelantan
Sekitar Rantau Panjang Kelantan

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.