Monday, December 8, 2008

Teluk Repulse Hong Kong

Teluk Repulse terletak di bahagian selatan Pulau Hong Kong. Ia merupakan salah satu destinasi pelancong yang amat terkenal di Hong Kong.

Terdapat cahaya matahari terang benderang, langit biru, air laut jernih, pantai keemasan di Teluk Repulse. Selain itu, Teluk Repulse adalah kawasan kediaman mewah. Rumah besar yang dibina di lereng bukit sepanjang pantai itu terbina satu pemandangan anggun.

Pantai Teluk Repulse berpasir halus itu sesuai untuk pelawat bersiar-siar pada awal pagi. Pantai akan dipenuhi dengan peminat menjemur matahari apabila matahari terbit. Pelawat juga boleh memerhati pemandangan matahari terbenam yang indah dan mendengar bunyi harmoni ombak pada waktu senja.

Taman Zhenghai yang berunsur tradisi Cina dibina di hujung timur pantai Teluk Repulse. Patung besar "Dewi Guan Yin" dan "Dewi Permaisuri Syurga" dibina di Taman Zhenghai. Kedua-dua patung besar itu memandang ke arah laut sebagai pelindung nelayan dan perenang.

Setahu saya Teluk Repulse paling digemari penduduk tempatan dan pelancong asing.