Showing newest posts with label Melaka : Pelancongan. Show older posts
Showing newest posts with label Melaka : Pelancongan. Show older posts

Sunday, October 11, 2009

India Kecil Melaka--Jalan Bendahara

India Kecil Melaka

Menjelang perayaan Deepavali, India Kecil Melaka di Jalan Bendahara menjadi riuh-rendah sekali lagi. Sekiranya anda melawat ke Melaka pada ketika ini, anda boleh bersiar-siar di India Kecil Melaka untuk mengalami suasan meriah perayaan Deepavali.

India Kecil Melaka
India Kecil Melaka terletak di pusat bandar raya Melaka dan hanya dalam 5 minit jarak perjalanan dari Hotel Renaissance atau Hotel City Bayview. Anda boleh membeli segala barangan keperluan Deepavali di sini. Barangan tersebut termasuk barangan penghiasan, bahan masakan, perkakas memasak, pakaian dan biskut. Sama seperti beli-belah setempat.

India Kecil Melaka
Pada masa dahulu, terdapat beberapa kedai sahaja kepunyaan orang India di Jalan Bendahara. Kini, banyak kedai orang India muncul di Jalan Bendahara dan beransur terbentuk satu Jalan India. Itulah sebab Jalan Bendahara dinamakan India Kecil Melaka. Berbanding dengan India Kecil Singapura, India Kecil Kuala Lumpur dan India Kecil Penang, India Kecil Melaka memang kecil.

India Kecil Melaka
Saya yakin pada masa akan datang, India Kecil Melaka akan menjadi satu destinasi pelancongan yang amat terkenal di Melaka.

Tuesday, May 27, 2008

Ekspo Melaka 2008

Ekspo Melaka 2008Cuti sekolah pertengahan tahun bermula pada 24 Mei. Jangan berada di depan monitor komputer sepanjang cuti.

Ekspo Melaka 2008 sedang berlangsung di Malacca International Trade Center. Mengunjunglah ekspo tersebut untuk menenangkan fikiran dan memperolehi informasi terbaru.

Ekspo Melaka 2008

Ekspo Melaka 2008

Tarikh : 24 Mei hingga 1 Jun

Masa : 11 pagi hinga 10 malam

Tempat : Malacca International Trade Center (MITC)

MITC terletak di Air Keroh, Malacca dan tidak jauh dari Tol Air Keroh.

Ekspo Melaka 2008

Di samping mempamirkan pelbagai barangan, Ekspo Melaka 2008 juga mengadakan pertunjukan, jualan hebat dan cabutan bertuah.

Ekspo Melaka 2008Terdapat beberapa gerai yang menghidangkan minuman dan makanan di dewan pamiran Ekspo Melaka 2008. Berehatlah sambil menikmati minuman dan makanan yang di hidangkan

Ekspo Melaka 2008

Sekiranya tidak suka suasana riuh-rendah, anda boleh berminum di Orange Cafe yang lebih selesa.

Kemasukan dan letak kereta adalah percuma. Jom ! Mari ke Ekspo Melaka 2008.