Saturday, May 13, 2017

Bangunan Baru KPPK Melaka


Yuchuilang

Saya pergi ke Pejabat KPPK Melaka besama isteri saya pada Disember 2016.

Walaupun kami telah lama bersara tetapi kami ialah ahli seumur hidup KPPK.

Ini ialah pejabat baru KPPK Melaka. Pejabat lama terletak di sebuah bangunan tiga tingkat di Melaka Raya.

Pejabat baru terletak di tingkat bawah di Durian Daun. Kini, ahli KPPK tidak perlu menaiki ke tingkat tiga dengan susah payah.

Tidak kira sama ada anda telah bersara atau masih berkhidmat, anda boleh memohon menjadi ahli KPPK. Bersatu teguh bercerai roboh, semua guru harus bersatu padu untuk memperjuangkan hak guru masing-masing.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Saturday, April 1, 2017

Serangan Keganasan London



Berdasarkan berita BBC, 4 orang telah dibunuh termasuk seorang polis dan seorang penganas dalam serangan keganasan di Westminster. Selain itu, lebih daripada 40 orang cedera dalam insiden Westminster.

Serangan keganasan itu berlaku pada 4:40 petang 22 Mac (Masa Malaysia 9:40 pagi 22 Mac). Penyerang tersebut melanggar pejalan kaki dengan kereta di Jambatan Wesminster. Selepas itu, dia membunuh seorang polis dengan sebilah pisau di dalam pintu masuk Istana Wesminster.

Artikel Berkaitan
Berdoa Untuk Paris
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Monday, March 20, 2017

Barcelona Singkir Paris St-Germain



Pasukan La Liga Sepanyol Barcelona mencapai misi mustahil Pasukan Liga Perdana England Arsenal dalam pusingan 16 Liga Juara-juara Eropah.

Barcelona telah ditewas oleh Pasukan Liga 1 Perancis Paris Saint-Germain 0--4 ketika perlawanan di tempat lawan di Stadium Paris Princes Park. Mereka berharap untuk menang Paris Saint-Germain dengan bilangan jaringan yang banyak dalam perlawanan sebagai tuan rumah di Camp Nou.

Sungguh mengagumkan kerana Barcelona tidak mengecewakan peminat setianya. Dengan pretasi hebat oleh pemain, Barcelona menebusi kubu Paris Saint-Germain's sebanyak 6 kali. Cukup bernaisb baik, dengan agregat 6--5, Barcelona berjaya menyingkirkan Paris Saint-Germain daripada pasukan 16 terakhir Liga Juara-juara Eropah.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sukan Malaysia Ke-13 Bahagian 1
Sukan Malaysia Ke-13 Bahagian 2

Wednesday, March 15, 2017

Pasukan Tauhu Arsenal



Pasukan Liga Perdana England Arsenal telah ditewaskan oleh Pasukan Bundesliga Jerman Bayern Munich di Stadium Emirates.

Liga Juara-juara Eropah pusingan 16, Arsenal kalah kepada Bayern Munich (1--5) semasa perlawanan di tempat lawan. Gunners harap dapat mengubah keputusan dalam perlawanan sebagai tuan rumah di Stadium Emirates.

Walau bagaimanapun, Arsene Wenger sungguh kecewa kerana pasukannya tidak mampu menewaskan Bayern Munich dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Emirates.

Pemain Arsenal bermain seperti ketam kaki lembut dan dihina oleh Bayern Munich dengan keputusan 1--5 sekali lagi. Keputusan yang memalukan itu benar-benar mengecewakan penyokong Arsenal.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Sukan Malaysia Ke-13 Bahagian 1
Sukan Malaysia Ke-13 Bahagian 2

Thursday, March 9, 2017

Gangguan Perkhidmatan Hotmail Selesai



Saya diarahkan ke laman web yang tidak diketahui ketika klik pada bookmark Hotmail pagi semalam.

Sistem sekuriti computer memaklumkan saya supaya jangan teruskan kerana berisiko untuk berbuat demikian.

Saya mencari Google dan mengetahui bahawa pengguna Hotmail sedunia juga menghadapi masalah yang sama. Jadi saya log masuk dari pautan Microsoft Outlook.

Nasib baik saya telah memasang sekuriti internet. Jika tidak, akaun Hotmail saya tentu digodam oleh penggodam.

Artikel Berkaitan
Facebook Tianxia
Facebook Yuchuilang
Facebook Zuiyanhong
Facebook Fengmanlou
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Thursday, February 9, 2017

Foto Tahun Baru Ayam


Makanan Steamboat

Kami sekeluarga menikmati makanan steamboat pada malam tahun baru.

Makanan Steamboat

Walaupun makanan tidak banyak tetapi sungguh luar biasa kerana ahli keluar dapat makan bersama-sama.

Angbao

Angbao ini diberi oleh anak-anak. Jumlah duit angbao tidak penting selagi anak-anak berniat baik.

Pizza

Makan pizza yang dibuat oleh menantu perempuan pada pagi kedua tahun baru.

Kenari

Pada hari keempat tahun baru, saya keluar untuk menguruskan sesuatu. Dalam perjalanan, saya terperanjat apabila ternampak hantu di dalam sebuah kereta Kenari.

Sentral Melaka

Pada pagi hari kelima tahun baru, kami membawa anak ke terminal bas Melaka.

Sushi

Sebelum kembali ke rumah, kami singgah di Restoran Sushi Zanmai.

Taufu

Adakah anda tahu apa makanan ini?

Natto

Kami memesan natto sebagai pembuka selera. Orang Jepun dan Korea gemar makan natto yang berkhasiat.

Sushi Zanmai

Selepas makan, kami mengambil gambar di depan Restoran Sushi Zanmai.

The Shore Hotel

Terletak di bangunan The Shore Hotel, makanan dan perkhidmatan Restoran Sushi Zanmai memuaskan.

Astro

Astro tiada siaran berita semasa tahun baru. Isteri saya merindu pembaca berita yang kacak.

Sarapan

Anak-anak telah mula bekerja masing-masing. Tertinggal saya dan isteri saya merasai kuih-muih pada waktu minum petang.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kuih Zang Nyonya Melaka
Tahun Naga Emas Makmur
Perayaan Kuih Bulan Macau