Tuesday, September 22, 2015

Jamal Merosakkan Keharmonian Negara


Jamal

Perhimpunan Baju Merah 916 yang telah berakhir amat kontroversi dan dikutuk dengan teruk oleh rakyat Malaysia.

Pemimpin Perhimpunan Baju Merah 916, Jamal merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor. Ini terbukti Kumpulan Baju Merah menganjurkan demonstrasi jalanan bertujuan memberi sokongan kepada BN yang di terajui oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Terdedah peserta Perhimpunan Baju Merah 916 berfikiran perkauman melampau kerana memaki Cina sebagai babi. Ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media, Jamal berpendapat bahawa tiada masalah Cina dipangil babi sebab Cina makan babi.

Berdasarkan lojik Jamal yang tidak siuman, makan ayam jadi ayam dan makan itik jadi itik. Orang yang makan lembu degil macam lembu dan orang yang makan kambing bodoh seperti kambing.

Orang yang tidak bertamadun memang berfikir dengan dubur.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Najib Suka Makan Kangkung

Sunday, September 20, 2015

Mahathir Mengutuk Perhimpunan Baju Merah


Dr Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad walaupun telah bersara tetapi masih aktif di arena politik Malaysia.

Beliau sering mengkritik Perdana Menteri Najib Razak yang semakin tidak searah dalam urusan UMNO dan negara.

Ekoran muncul di Perhimpunan Bersih 4, kini Dr Mahathir Mohamad secara terus-terang mengutuk Perhimpunan Baju Merah 916. Menurut pandangan Dr Mahathir Mohamad, Perhimpunan Bersih 4 merupakan perhimpunan berbilang bangsa tetapi Perhimpunan Baju Merah ialah perhimpunan perkauman.

Tiada sesiapa ingin mengaku sebagai penganjur Perhimpunan Baju Merah pada awalnya. Setelah menghadapi desakan awam, beberapa pemimpin UMNO yang kehilangan kuasa dan pengaruh mula bersendiwara. Pada mulanya, mereka mendakwa bahawa perhimpunan tersebut bertujuan memupuk perpaduan di antara orang Melayu. Selepas ditegur dengan teruknya oleh orang Melayu yang bersikap rasional dan berfikiran terbuka, pihak penganjur terpaksa menukar tema perhimpunan berkali-kali.

Berdasarkan kepada perspektif Dr Mahathir Mohamad, matlamat Perhimpunan Baju Merah adalah menentang Perhimpunan Bersih 4 supaya dapat menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ali Rustam Jual Kuih Dodol
Adnan Mengerat Telinganya
Najib Suka Makan Kangkung

Sunday, September 6, 2015

Kebahagiaan Di Bawah Langit Biru


Langit Biru

Kehidupan selepas bersara sungguh lega dan selesa. Tidak perlu menjalani tugas pengajaran dan pembelajaran yang membebankan murid-murid.

Aktiviti harian pertama adalah ambil angin di halaman kediaman selama sejam. Berikutnya mengemaskini kerja kebun di kebun sayur mini yang terletak di belakang rumah.

Walaupun tiada dana sebanyak 2.6 billion, hidup dengan bahagia dan tidak risau di ketuk oleh IACC. Kadang-kadang menikmati teh atau kopi, kadang-kadang bersiar-siar atau pergi makan angin.

Masa tidak akan menungu sesiapa pun, memperuntukkan sedikit masa untuk diri sendiri, jangan kerja sehingga akhirat.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kaktus Memekar Bunga Merah
Peminat Muda Michael Jackson