Sunday, June 28, 2015

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin


Stadium Sultan Mizan

Dari Masjid Kristal, kami bertolak ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Terletak di Gong Badak Kuala Terengganu, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan sebuah stadium pelbagai guna.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah siap dibina pada tahun 2008 semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia.


Stadium Sultan Mizan

Sungguh malang dan memalukan, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hanya sempat digunakan setahun sahaja sebelum runtuh dua kali.

Runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kali pertama berlaku pada 2 Jun 2009 dan runtuhan kali kedua pula pada Februari tahun 2013.

Menurut siasatan Kementerian Kerja Raya, runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berpunca daripada faktor rekaan tidak memadai dan bahan serta hasil kualiti kerja tidak mengikut spesifikasi.

Kini, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dibuka semula untuk perlawanan waktu siang sejak bulan Februari 2015 dan perlawanan pertama di waktu malam di stadium tersebut memaparkan perlawanan separuh akhir Piala FA 2015 antara Terengganu dengan Lions XII.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Pantai Merang Terengganu
Kg Cina Kuala Terengganu
Muzium Negeri Terengganu

Monday, June 22, 2015

Kampung Syaitan Xitou Taiwan


Kampung Syaitan Taiwan

Selepas menikmati ayam tempayan di Lugu, kami beralih ke destinasi seterusnya iaitu Xitou Yao Guai Cun.

Kampung Syaitan Taiwan

Xitou Yau Guai Cun dalam Bahasa Melayu ialah Kampung Syaitan Xitou.

Kampung Syaitan Taiwan

Kampung Syaitan Xitou merupakan salah satu pusat penarikan pelancong yang amat popular di Daerah Nantou, Taiwan.

Kedai Roti Kubota

Gambar ini ialah Kedai Roti Kubota yang unik dan menarik di Kampung Syaitan Xitou.

Kedai Roti Kubota

Roti menggigit? Beranikah anda makan roti menggigit buatan Kedai Roti Kubota yang sungguh aneh?

Kedai Roti Kubota

Satu lagi gambar Kedai Roti Kubota yang diambil dari sudut yang berbeza.

Kampung Syaitan Taiwan

Dua buah gerai beroda yang didapati di Kampung Syaitan Xitou.

Kampung Syaitan Taiwan

Terdapat sebuah wakil pos di Kampung Syaitan Xitou. Pelbagai cenderamata tema syaitan dijual di wakil pos tersebut.

Kampung Syaitan Taiwan

Beberapa orang pelancong sedang ambil angin di deret kedai yang menjual barangan tempatan Xitou.

Epal Rose

Jika anda suka makan epal, anda boleh cuba epal rose yang dijual di kedai buah-buahan.

Kampung Syaitan Taiwan

Tanglung merah besar tergantung di sekitar Kampung Syaitan Xitou. Tanglung-tanglung itu berperanan sebagai petanda lokasi tertentu di Kampung Syaitan Xitou.

Kampung Syaitan Taiwan

Pelawat berehat sambil bersembang di depan gerai setelah penat merayau di Kampung Syaitan Xitou.

Kampung Syaitan Taiwan

Malangnya tiada pertunjukan pentas ketika kami berada di Kampung Syaitan Xitou.

Kampung Syaitan Taiwan

Jika anda ingin merasa makanan enak Taiwan, anda boleh menjejak masuk Restoran You Le Ting.

Kampung Syaitan Taiwan

Anda boleh menginap di Hotel Tema Syaitan sekiranya anda ingin bermalam di Kampung Syaitan Xitou.

Kampung Syaitan Taiwan

Artikel trip Taiwan seterusnya, saya akan berkongsi foto dan informasi Sun Link Sea.

Post Berkaitan
Penulis Blog Artikel Ini
Profil Google Zuiyanhong
Bakeri Vigor Kobo Taiwan
Pasar Malam Shilin Taiwan