Sunday, September 29, 2013

Menara Jam Atkinson Kota Kinabalu

Menara Jam Atkinson

Terletak di bawah Bukit Signal, Menara Jam Atkinson merupakan mercu tanda terkenal di KK, Sabah. Siap dibina pada tahun 1905, Menara Jam Atkinson ialah bangunan yang paling lama di Kota Kinabalu.

Atkinson dilantik menjadi pegawai daerah pertama Jesselton (Kota Kinabalu) oleh Syarikat Borneo Utara British. Malangnya beliau meninggal dunia pada usia 28 kerana dijangkiti penyakit malaria. Ibu Atkinson, Puan Mary Edith Atkinson membina menara jam untuk mengenang anaknya.

Walaupun mengalami perang dunia kedua, Menara Jam Atkinson masih dijadi panduan kapal yang memasuki Pelabuhan Jesselton. Oleh kerana kini terdapat banyak bangunan tinggi di Kota Kinabalu, Menara Jam Atkinson tidak lagi berperanan sebagai penunjuk arah.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Ambil Angin Di Pulau Sapi
Hotel Eden 54 Kota Kinabalu
Jalan Gaya Kota Kinabalu Sabah
Bangunan Infor Pelancongan KK

Wednesday, September 25, 2013

Pokok Saga Dan Biji Saga

Pokok Saga

Galeri Macau Melaka tertutup ketika kunjungan kami pada bulan Julai sebelum melancong ke Macau. Kami sungguh kecewa kerana tidak dapat memasuki Galeri Macau untuk mengumpul maklumat.

Kami hanya boleh mengambil gambar di luar kawasan Galeri Macau. Semasa senorok mengambil foto, kami menemui beberapa pokok saga terdapat berhampiran dengan Galeri Macau.


Biji saga

Kereta buatan Malaysia dinamakan Proton Saga. Penyair Tang Dynasty, Wang Wei menyifatkan biji saga serupa biji rindu.

Pegawai kanan dan menteri BN pula hubungkait tentera dengan biji saga menjadi tentera saga. Mereka melabelkan pengguna media sosial yang tidak selaras dengan dasar BN sebagai askar saga siber.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Misteri Buah Pokok Melaka
Perayaan Kuih Bulan Macau

Sunday, September 22, 2013

Sekolah Yoke Kuan Sekinchan

SJKC Yoke Kuan

Sebelum pergi ke pasar Sekinchan, kami melalui SJKC Yoke Kuan Sekinchan. Kami berhentikan kereta dan mengambil gambar di luar sekolah tersebut.

SJKC Yoke Kuan

Mural SJKC Yoke Kuan sungguh menarik. Tidak tahu mural itu hasil karya siapa.

Pua Khein-Seng yang mencipta "USB flash drive" pertama, merupakan murid lama SJKC Yoke Kuan Sekinchan.


SMJK Yoke Kuan

Tidak jauh dari SJKC Yoke Kuan, terletak SMJK Yoke Kuan Sekinchan.

Sekolah ini telah melahirkan ramai peserta gimnastik kebangsaan. Oleh sebab itu, Sekinchan juga digelar sebagai "Pekan Gimnastik".

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kampung Nelayan Sekinchan
Itik Sekinchan Suka Berjemur
Hotel Purple Town Sekinchan
Ambil Angin di Pantai Redang
Hotel Harbour View Sekinchan

Thursday, September 19, 2013

Perayaan Kuih Bulan Macau

Perayaan Kuih Bulan

Kami baru kembali dari Macau. Kebetulan kunjungan kami ke Macau menjelang Perayaan Kuih Bulan. Jalan raya di Macau dihiasi dengan tanglung berwarna-warni.

Perayaan Kuih Bulan

Sekitar Medan Senado Macau bersuasana Perayaan Kuih Bulan. Ini menunjukkan bahawa penduduk Macau amat mementingkan perayaan tradisi.

Perayaan Kuih Bulan

Dalam sinaran cahaya, gereja, air pancut dan Istana Bulan terang benderang. Adakah Dewi Bulan dan arnabnya akan muncul pada Perayaan Kuih Bulan?

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Monday, September 16, 2013

Volkswagen Tanpa Enjin

Volkswagen

Selain pelbagai pokok buah-buahan, terdapat dua buah kereta antik di Dusun Selandar.

Teringat jenaka masa lampau apabila ternampak Volkswagen di dusun tersebut.

Seorang pemandu turun dari kereta ketika Volkswagen yang dia memandu itu rosak. Dia membuka bonet kereta dan dapati enjin kereta sudah hilang.

Pemilik Volkswagen itu menelefon kepada mekanik. Tidak lama kemudian, mekanik pun tiba dan membuka penutup di belakang kereta. Pada saat itu, dia berbisik, "Nasib baik Volkswagen bukan jet perang Malaysia."


Morris

Menurut logo terpapar di dapan, kereta ini ialah Morris buatan Britain. Tidak tahu tarikh pengeluaran dan model kereta kerana saya bukan peminat kereta.

Memang tidak dijangka boleh bertemu dengan kereta antik semasa berkunjung ke dusun.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Kuih Zang Nyonya Melaka
Kafe Ais Tai Chong Melaka
Misteri Buah Pokok Melaka
Politeknik Merlimau Melaka

Friday, September 13, 2013

915 Pilihanraya Macau

Pilihanraya Macau

Pilihanraya Perundangan Macau akan diadakan pada 15 September.

Pilihanraya Macau

Saya bukan dari Macau. Mengapa menimbulkan Pilihanraya Perundangan Macau?

Pilihanraya Macau

Kami baru kembali dari Macau. Kebetulan kempen pilihanraya perundangan sedang dijalankan ketika kami berada di Macau.

Pilihanraya Macau

Selain berbahas, mengedar risalah dan pertempuran internet, calon-calon yang bertanding juga menggunakan kereta untuk menyampaikan platform politik mereka.

Post Berkaitan
Galeri Macau Melaka
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong