Friday, August 24, 2012

Pencegah Pengundi Hantu Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais

Selain Pengerusi Bersama Bersih Ambiga,  AJK Bersih Hishamuddin Rais juga menghadiri Konsert Bersih dan Anti-Lynas Melaka pada 13 Julai.

Hishamuddin Rais terlibat secara aktif dalam pergerakan pelajar semasa menuntut di Universiti Malaya. Beliau telah diberkas dan ditahan bertahun-tahun oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Dalam ucapan beliau, Hishamuddin Rais menyeru rakyat Melaka melaporkan pengundi hantu semasa pilihan raya umum akan datang.

Rakyat Malaysia harus membuat keputusan yang tepat pada pilihan umum ke-13. Demi kebaikan generasi akan datang, kita perlu menyokong Pakatan Rakyat untuk melaksanakan sistem dua parti.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Panda Malaysia Altantuya Dan Scorpene
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433

Hari Raya Aidilfitri

Masa berlalu begitu pantas, Hari Raya Aidilfitri tiba sekali lagi.

Meskipun Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan pelbagai agama tetapi rakyat jelata bercampur gaul dengan mesra dan harmoni. Pada musim perayaan, semua rakyat menyambut bersama-sama.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan-kawan muslim semoga kalian sihat dan bahagia.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Selamat Hari Raya Aidiladha
Pasar Makanan Ramadan Merlimau

Thursday, August 16, 2012

Mi Daging Lembu Tangkak Johor

Restoran Mi Daging Lembu

Dalam perjalanan ke Segamat untuk menghadiri Perhimpunan 729, kami singgah di Tangkak untuk menikmati mi daging lembu yang sedap.

Sebelum itu, kami telah lalu Tangkak dua kali ketika pergi ke Kota Bharu Kelantan dan Pengerang Johor. Kedua-dua kali itu, kami tiba di Tangkak terlalu awal. Restoran mi daging lembu belum mula berniaga. Kami terlepas peluang merasai mi daging lembu yang masyhur.

Jarak dari Merlimau ke Segamat tidak sejauh seperti Kota Bharu atau Pengerang. Kami tidak perlu bertolak awal. Jadi kali ini kami dapat makan mi daging lembu yang enak.


Mi Daging Lembu

Mi daging lembu Tangkak amat terkenal. Ramai pengemar mi daging lembu datang dari merata tempat ke Tangkak. Selain restoran di Tangkak, terdapat cawangan di Melaka dan Kuala Lumpur.

Ramuan mi daging lembu termasuk ofal lembu, perut lembu, daging lembu, daun bawang, bebola daging lembu dan bawang putih cincang. Pelanggan boleh memilih kway teow atau mihoon bercampur dengan bahan-bahan ini. Sekiranya anda tidak makan ofal lembu, ingat memberi tahu pelayan restoran.

Jika kebetulan anda berada di Tangkak, anda boleh cuba hidangan Tangkak ini.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bandar Maharani Muar Johor
Sekolah Menengah Chung Hwa
Kopitiam 434 Sai Kee Muar Johor

Friday, August 10, 2012

Perhimpunan 729 Segamat Johor

Perhimpunan 729 Segamat

Berikutan Perhimpunan 325 Kajang dan Perhimpunan 520 Pahang, pendidik China sekali lagi berkumpul di Perhimpunan 729 di Segamat.

Perhimpunan ini bertujuan untuk meminta sebuah sekolah menengah Cina dibina di Segamat, Johor. Agak ramai selebriti menghadiri perhimpunan tersebut. Mereka termasuk Ser Lai Hing, Tan Tai Kim, Lee Cheng Chuan, MP Bakri Er Teck Hwa, Presiden Dong Zong Yap Sin Tian and Timbalan Presiden Dong Zong Chow Siew Hon.

Pengerusi Penganjur Ser Lai Hing mengetuai barisan penceramah. Penceramah lain yang turut berucap ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Batu Pahat Tan Tai Kim, Presiden Jawatankuasa Penyelaras Sekolah Menengah Cina Segamat Lee Cheng Chuan dan Presiden Dong Zong Yap Sin Tian.

Telah biasa dengan gaya hidup santai, kami bangun awal pagi pada hari itu dan bergegas ke Segamat. Ketika lalu bandar Tangkak, kami singgah di sana untuk menikmati mi daging lembu Tangkak yang terkenal. Sebelum kembali ke Merlimau, kami minum petang di Segamat Old Taste Cafe yang terletak di Jalan Kekwa.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Bandar Maharani Muar Johor
Sekolah Menengah Chung Hwa
Kampung Udang Kara Pengerang
Kopitiam 434 Sai Kee Muar Johor

Monday, August 6, 2012

Kebangkitan Satria Gelap Batman

Batman

Tragedi menembak di pawagam di Colorado bukan sahaja satu kejutan yang menakjubkan kepada masyarakat Amerika tetapi kejadian ini juga telah menjadi satu isu hangat sedunia.

Seorang pemuda Amerika bernama James Holmes dihantui watak filem Batman, Joker mengamok dan membunuh 12 orang di sebuah pagawam di Aurora yang terletak di timur Denver.

Di muka bumi Malaysia Boleh, empat orang perompak bertopeng memecah masuk ke pejabat pengurus teater filem. Terbukti orang Malaysia juga gila tentang Batman.

Berbual mengenai rompakan teater, secara spontan mengingatkan saya berkenaan sebuah filem Hong Kong yang bertajuk The Private Eyes. Filem ini diarahkan oleh komedi guru Michael Hui dan dibintangi oleh Michael Hui, Samuel Hui, Ricky Hui and Shih Kien. Episod paling menarik merupakan rompakan yang berlaku dalam sebuah panggung wayang.

Samada hidup seperti drama atau drama seperti hidup adalah soal pendapat yang sungguh menarik. Apakah pandangan anda?

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Muzium Lilin 63 Yeouido Seoul
Raja Lagu Pop Michael Jackson
Pelakon terkenal Bae Yong Joon

Friday, August 3, 2012

Ambiga Membersihkan Udara Melaka

Ambiga

Presiden Bersih Ambiga merupakan seorang tokoh yang amat ditakuti Barisan Nasional. Oleh sebab itu, Barisan Nasional cuba seboleh-bolehnya menghalang Ambiga bertemu dengan penyokongnya.

Akhirnya Ambiga berjaya muncul di Melaka. Beliau adalah salah seorang pemimpin terhormat yang menghadiri Konsert Bersih dan Anti-Lynas Melaka pada 13 Julai.

Sebenarnya Ambiga seorang wanita yang mesra. Sungguh pelik mengapa Barisan Nasional takut akan Ambiga? Adakah Barisan Nasional begitu rapuh dan lemah?

Disebabkan tunjuk perasaan di Merlimau, di mana Ambiga berada dirahsiakan untuk mengelakan kekacauan yang akan ditimbulkan oleh UMNO dan Perkasa.

Ambiga besar hati bahawa orang Melaka menyokong sepenuh kepada Bersih dan Anti-Lynas. Dalam ucapannya, Ambiga mengatakan perjuangan demokrasi Melaka terkini bermula sejak isu Bukit Cina pada tahun 1985. Beliau memuji rakyat Melaka berani menuntut hak diri sendiri.

Ambiga berharap pilihan raya umum ke-13 dapat dilaksanakan dengan adil dan bersih.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Panda Malaysia Altantuya Dan Scorpene
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap