Friday, January 27, 2012

Kemeriahan Tahun Baru Lunar Di Persiaran Jonker

Persiaran Jonker

Walaupun hari ini hari kelima Tahun Baru Lunar, suasana perayaan di Persiaran Jonker sungguh meriah.

Persiaran Jonker dikenali sebagai Jalan Jonker sebelum menjadi tarikan pelancong yang popular. Sejak bertukar menjadi tarikan pelancong, Persiaran Jonker sentiasa penuh dengan berpuluh-ribu pelawat dari seluruh dunia setiap minggu.

Tanglung besar berwarna merah digantung di semua jalan di Melaka pada Tahun Baru Lunar. Sebuah pentas terbuka di Persiaran Jonker bersedia untuk menyampaikan pelbagai persembahan kebudayaan.

Terdapat banyak kedai-kedai di sepanjang Persiaran Jonker. Kedai-kedai tersebut menjual berjenis-jenis barangan termasuk antik, cenderamata, kuih-muih lazat, produk tempatan dan makanan Nyonya. Restoran pelawat mesra yang membekal makanan barat dan tempatan juga didapati di Persiaran Jonker. Sekiranya anda ingin mengurut kaki, Persiaran Jonker adalah destinasi yang sesuai dikunjungi.

Jika anda berada di sekitar Melaka, ingat menjejak kaki ke Persiaran Jonker untuk menikmati hidangan sahih Melaka dan membeli cenderamat buatan Melaka.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Tetamu Khas Tahun Baru Cina
Tahun Naga Emas Makmur Dan Bertuah

Monday, January 23, 2012

Tahun Naga Emas Makmur Dan Bertuah

Tarian Naga

Hari ini merupakan hari pertama Tahun Baru Lunar. Tahun ini ialah Tahun Naga yang berkuasa.

Rakyat Malaysia gairah mengubah kerajaan. Semoga impian kami dapat menjadi kenyataan pada Tahun Naga yang bertenaga.

Saya ingin mengucapkan gong xi fa cai kepada semua rakan dan pengunjung blog ini.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Tetamu Khas Tahun Baru Cina
Selamat Menyambut Tahun Arnab


Sunday, January 15, 2012

Cara Membuat Kerepek Arrowhead Rangup

Arrowhead

Berasal dari Cina, arrowhead merupakan sejenis sayur berakar umbi. Arrowhead ialah tanaman bermusim dan hanya boleh didapati sekitar Tahun Baru Cina. Oleh kerana rasanya seperti kentang ketika dimasak bersama dengan ayam, arrowhead juga dikenali sebagai kentang Cina.

Hirisan Arrowhead

Membersih, mengupas dan menghiris arrowhead seperti ditujukkan dalam foto. Selepas itu, merendam hirisan arrowhead dalam air sebelum menggoreng. Memindah ke ayak dan membiarkan hirisan itu kering.

Kerepek Arrowhead

Celup hirisan arrowhead ke dalam kuali yang berminyak panas mendidih. Kacau hirisan arrowhead selama beberapa minit.

Kerepek Arrowhead

Menceduk hirisan arrowhead sebelum menjadi coklat. Menambah sedikit perasa yang anda gemar seperti gula, lada atau garam. Kerepek arrowhead rangup sedia dihidang apabila menjadi dingin.

Artikel Berkaitan
Biskut Berwar-warni
Profil Google Zuiyanhong
Sushi Enak Buatan Sendiri
Kuih Zang Nyonya Melaka
Penulis Artikel Zuiyanhong


Friday, January 13, 2012

Pembekal Petrol Bergerak Di Pasar Namdaemun

Lori Tangki Minyak

Ini satu lagi foto menarik yang saya mengambil di Pasar Namdaemun, Seoul.

Tulisan Hangul di lori tangki minyak kecil mendedahkan lelaki dalam gambar itu seorang pekerja syarikat minyak. Dia sedang menghantar petrol kepada pelangan-pelangan di Pasar Namdaemun.

Sungguh aneh melihat lori tangki minyak kecil ini bergerak di sekitar Pasar Namdaemun. Selepas menggoogle, saya sedar bahawa petrol itu untuk kegunaan pemanas mudah alih pada musim sejuk.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun
Pendakwah Wanita Pasar Namdaemun


Monday, January 9, 2012

Gerai Pakaian Musim Sejuk Pasar Namdaemun

Gerai Pakaian

Saya berhenti di depan gerai pakaian ini ketika berjalan-jalan di Pasar Namdaemun. Saya membeli sepasang sarung tangan kerana kehilangan sarung tangan saya di Dongdaemun.

Gerai pakaian ini menawarkan aneka pakaian musim sejuk untuk dipilih oleh pelangan. Terdapat mask, skarf, baju panas, sarung tangan, topi musim sejuk dan banyak lagi dipaparkan.

Ingat tawar-menawar dengan pejual jika anda ingin menambah barangan musim sejuk. Anda boleh meminta sebanyak 10% potongan. Sekiranya halangan bahasa menimbul, maka mesin kira kecil diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun
Pendakwah Wanita Pasar Namdaemun


Sunday, January 8, 2012

Jurujual Istimewa Pasar Namdaemun Seoul

Jurujual Istimewa

Bersiar-siar di Pasar Namdaemun Seoul anda akan menemui pelbagai kejutan. Dalam artikel-artikel saya yang sebelumnya, saya telah mencerita berkenaan penjaja kopi dan pendakwah wanita.

Berdasrkan gambar di atas, ini satu lagi episod menarik di Pasar Namdaemun. Senario ini di luar Gedung Fesyen Samick. Orang Korea Selatan yang berpakaian perisai purba itu merupakan seorang jurujual. Dia ditugaskan memberitahu orang yang lalu tentang kedai-kedai terdapat di tingkat 6 (6 층) di Gedung Fesyen Samick. Tulisan Hangul di kotak papan menunjukkan bahawa kedai-kedai pemborong kasut didapati di paras 6 di Gedung Fesyen Samick.

Mengalami kehidupan orang Korea Selatan di Pasar Namdaemun benar-beanr berbeza.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Barang Kemas Pasar Namdaemun


Thursday, January 5, 2012

Gedung Fesyen Samick Pasar Namdaemun Seoul

Gedung Fesyen Samick

Terletak di Pasar Namdaemun Seoul, Gedung Fesyen Samick merupakan salah satu destinasi membeli-belah yang paling popular.

Gedung Fesyen Samick berada dalam sebuah banguanan 15 tingkat. Bangunan tersebut mempunyai 5 paras bawah tanah dan 10 paras di atas tanah.

Lebih daripada 1000 buah kedai didapati di Gedung Fesyen Samick. Barangan yang dijual di Gedung Fesyen Samick termasuk kasut, pakaian, cenderamata dan banyak lagi.

Jangan lupa mengunjung pusat membeli-belah setempat ini, ketika anda di sekitar Pasar Namdaemun Seoul, Korea selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Penjaja Kopi Pasar Namdaemun
Barang Kemas Pasar Namdaemun
Pendakwah Wanita Pasar Namdaemun

Tuesday, January 3, 2012

Pendakwah Wanita Berkhutbah Di Pasar Namdaemun

Pendakwah Wanita

Kami menemui wanita ini ketika berkunjung ke Pasar Namdaemun Seoul, Korea Selatan.

Dari reben yang dipakai, saya dapat tahu bahawa wanita itu seorang pendakwah. Beliau sedang berkhutbah kepada orang ramai di Pasar Namdaemun Seoul.

Selain itu, kami juga jumpa beberapa orang Korea Selatan mengedar risalah agama di Myeongdong. Rupa-rupanya menyebarkan agama di jalan raya agak biasa di Seoul, Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Penjaja Kopi Pasar Namdaemun
Barang Kemas Pasar Namdaemun


Sunday, January 1, 2012

Salam Tahun Baru Daripada UMW Toyota Motor


UMW Toyota Motor

Baru-baru ini, saya terima satu mms daripada UMW Toyota Motor. Mms tersebut terdiri daripada sebuah gambar dan nota ucapan pendik.

Gambar itu seperti yang dipaparkan diatas. Kandungan nota adalah "Tahun yang baru, perjalanan yang baru. UMW Toyota Motor mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada anda"

UMW Toyota Motor menghantar mms kepada saya kerana saya pelangan syarikat itu. Saya membeli sebuah Toyota Vios 1.5G berwarna emas pada tahun 2005. Selepas beberapa hari pembelian, saya terbang ke Korea Selatan untuk melawat anak saya yang melanjutkan pelajaran di Seoul. Oleh yang demikian, saya dapat ingat tarikh membeli Toyota Vios itu.

Amat terharu atas kesudian UMW Toyota Motor. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan dan pengunjung blog ini.

Artikel Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Malaysia Memerlukan Perubahan