Thursday, June 30, 2011

1Malaysia Dalam Minda Kanak-kanak Comel Malaysia


Apakah 1Malaysia dalam minda kanak-kanak Malaysia yang comel?

Sebagai seorang guru yang telah berkhidmat di sekolah randah berpuluh-puluh tahun, saya berpendapat tidak lain dan tidak bukan berkongsi dengan gembira.

Kami duduk bersebelahan dan berkongsi segala-galanya. Puisi kanak-kanak menggambarkan senario demikian. Sekiranya pengagihan tidak adil, ketidakpuasan akan menimbul.

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak harus tahu akibat ketidakpuasan terdapat di kalangan rakyat kerana beliaulah yang mengemukakan gagasan 1Malaysia.

Artikel Berkaitan
Presiden PPP Kayveas Berucap Seperti Wanita
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen Terasa Pedas


Wednesday, June 29, 2011

Presiden PPP Kayveas Berucap Seperti Wanita

Presiden People's Progressive Party M Kayveas mengutara tentang kesetiaan komunity Cina ketika beliau berucap di perhimpunan agung ke-58 PPP akhir-akhir ini.

Dalam ucapan beliau, M Kayveas tidak menyentuh secara mendalam isu ketidakpuasan di kalangan Cina. Sebab M Kayveas tidak berani menjelaskan dengan nyata memang dapat difahami. Maka lebih baik beliau menutup mulutnya. Jika tidak orang ramai terutama masyarakat Cina akan menganggap beliau sebagai makwe.

Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Muhyiddin Yassin Menyokong Revolusi Jasmin
Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia


Tuesday, June 28, 2011

Karnival Melaka Bukti Ketidakadilan 1Malaysia

Karnival Melaka

Karnival Melaka telah dianjurkan dengan berjaya oleh Sin Chew Daily pada Jun 26. Pesta tersebut dapat memungut sebanyak 120,000 ringgit untuk SJKC Pay Fong 2.

Karnival Melaka

Penaja Karnival Melaka ialah Tiger Beer, Celcom Axiata Berhad, Genting Malaysia Berhad and Magnum Corporation Sdn Bhd.

Sambutan Karnival Melaka sungguh luar biasa. Senario ini merupakan satu lagi contoh 1Malaysia meminggirkan komunity Cina. Kalau tidak, masyarakat Cina tidak perlu mengumpul dana untuk sekolah Cina. Kerajaan Barisan Nasional sepatutnya menyediakan peruntukan bagi sekolah Cina tanpa sebarang alasan yang tidak masuk akal.

Artikel Berkaitan
Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak
Muhyiddin Yassin Menyokong Revolusi Jasmin
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen Terasa Pedas


Monday, June 27, 2011

Tempayan Kimchi Di Halaman Rumah Tradisional Seoul

Tempayan Kimchi

Di halaman rumah tradisional Kampung Hanok Namsangol Seoul didapati pelbagai tempayan. Orang Korea menggunakan tempayan-tempayan itu untuk menyimpan kimchi.

Kimchi mesti dijeruk dalam suhu yang sesuai supaya dapat mengekalkan kelazatan dan kesegaran. Pada masa dahulu, tempayan kimchi diletak di tempat berlainan dalam musim berbeza. Tempayan kimci di rendam ke dalam perigi atau anak sungai pada musim panas. Manakala pada musim sejuk, tempayan kimchi ditimbus di bawah tanah.

Menurut informasi yang terdapat di Pulmuone Kimchi Museum COEX Mall Seoul, kimchi mengandungi vitamin A and C. Selain daripada itu, kimchi juga kaya dengan kalian seperti besi, kalsium dan fosforus.

Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Permainan Tuho Kampung Hanok
Bait Pintu Rumah Tradisional Seoul


Sunday, June 26, 2011

Pakar Pembasmian Anai-Anai Najib Razak

Sekolah Anai-Anai Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak muncul di Stesen Radio One FM pada June 23. Kemunculan Najib Razak di Stesen Radio One FM beragenda bahawa beliau berhubung rapat dengan komuniti Cina.

Terdapat banyak bangunan sekolah rendah Cina telah dimusnah oleh anai-anai di seluruh negara. Oleh kerana Nijib Razak gemar berdamping dengan masyarakat Cina, maka beliau patut melancarkan projek penghapusan anai-anai di sekolah rendah Cina.

Najib Razak boleh mempelawa Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dan Presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon bersama-sama berkunjung sekolah rendah Cina. Sekiranya Najib Razak mengambil foto menangkap anai-anai di sekolah rendah Cina, beliau tentu boleh dapat banyak markah tambahan dari itu.

Sebenarnya pendekatan yang paling sesuai untuk mendapat sokongan pengundi keturunan Cina ialah perlaksaan yang adil saksama. Semua janji kosong termasuk 1Malaysia akan ditolak.

Artikel Berkaitan
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Muhyiddin Yassin Menyokong Revolusi Jasmin
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen Terasa Pedas


Saturday, June 25, 2011

Chua Tee Yong Harus Mengkaji Isu Biasiswa

Chua Tee Yong

Sejak isu "daging khinzir sampah" didedahkan oleh rancangan "Fail Pengesanan" ntv7, Timbalan Menteri Petanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong telah menjadi seorang kenamaan.

Menurut laporan China Press, Chua Tee Yong mengatakan bahawa mereka yang tidak ingin berkhidmat untuk negara tidak patut ditawarkan biasiswa kerajaan. Chua Tee Yong yang merupakan anak Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, membuat kenyataan karut kerana terlalu angkuh.

Halangan utama yang menghidar cendekiawan keturunan Cina kembali ke tanah air ialah polisi tidak adil perlaksanaan kerajaan Barisan Nasional. Sebagai seorang pegawai kerajaan, Chua Tee Yong perlu membuat kajian sebelum mengulas sesuatu.

Artikel Berkaitan
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Muhyiddin Yassin Menyokong Revolusi Jasmin
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen Terasa Pedas


Friday, June 24, 2011

Penyanyi Rap Internet NameWee Ingin Bertemu Najib

NameWee

Penyanyi rap internet Malaysia NameWee menjadi terkenal setelah mengubah lagu kebangsaan Malaysia. Dia dilaporkan bahawa berhasrat berjumpa Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk memenuhi impiannya.

NameWee yang berasal dari Muar Johor, memindah "Negaraku" menjadi "Negarakuku". Sambutan terhadap pemindahan itu sungguh luar biasa. Sesetengah orang malahan menganggap dia sebagai idola hebat. Memandangkan dia begitu popular, mengapa tidak meneruskan kerja kreatifnya? Anehnya, dia membuat pusingan U secara tiba-tiba ke Putrajaya.

Apakah pendapat anda tentang NameWee sekarang? Maklum balas anda amat dihargai.

Artikle Berkaitan
Zoo Air Keruh Melaka
Muar 434 Sai Kee Kopitiam
Sekolah Tinggi Chung Hwa Muar


Thursday, June 23, 2011

Menteri Pelancongan Malaysia Ng Yen Yen Terasa Pedas

Cuti-Cuti Malaysia

Babak Kementerian Pelancongan Malaysia membiayai 1.8 juta untuk membina laman peminat Facebook sungguh menakjubkan dan masih berterusan.

Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen yang terbabit dalam sandiwara Malaysia telah diarah memberi penerangam dalam Kabinet. Beliau menyatakan bahawa Kabinet telah menerima penjelasannya. Rakan sekerjanya Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai mempercayai isu laman peminat Facebook merupakan agenda politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya Dr Ng Yen Yen tidak memahami senario politik di Malaysia. Sebagai seorang Menteri Kerajaan Malaysia, Dr Ng Yen Yen seharusnya membuat kajian tentang pembentukan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat.

Sebarang peruntukan yang terlibat dengan wang hasil titik peluh rakyat adalah kepentingan awam. Sekurang-kurangnya, sama ada Kabinet atau Dr Ng Yen Yen patut mengumukan maklumat Impact Creations supaya dapat menghilangkan keraguan orang ramai.

Artikel Berkaitan
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Muhyiddin Yassin Menyokong Revolusi Jasmin
1Malaysia Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam


Wednesday, June 22, 2011

Muhyiddin Yassin Menyokong Revolusi Jasmin

Muhyiddin Yassin

Timbalam Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengugut rakyat beberapa bulan lalu semasa pilihan raya kecil Merlimau. Beliau menukar pendapatnya baru-baru ini tentang Revolusi Jasmin yang telah berlaku di Afrika Utara.

Berdasarkan berita China Press, Muhyiddin Yassin dilaporkan setuju dengan Revolusi Jasmin. Senario ini mendedahkan bahawa Muhyiddin Yassin menyedari kuasa rakyat. Kejayaan dan kegagalan seseorang ahli politik berhubung rapat dengan rakyat. Ahli politik yang sering mengancam rakyat tentu akan ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya.

Artikel Berkaitan
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap
Facebook Cuti-Cuti 1Malausia Bernilai 1.8 Juta
1Malaysia Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam


Tuesday, June 21, 2011

Bait Pintu Rumah Tradisional Seoul

Bait Pintu

Orang Cina gemar menampal bait di pintu semasa Tahun Baru Cina pada masa dahulu. Sebenarnya orang Korea Selatan juga suka buat demikian.

Bait Pintu

Kedua-dua gambar diambil ketika saya berkunjung Kampung Hanok Namsangol di Seoul. Bait didapati di pintu rumah tradisional. Ayat pertama bermaksud selamat tahun baru dan ayat kedua merupakan berpesta berturut-turut.

Bait Cina ditulis di kertas merah dengan dakwat hitam. Manakala, bait Korea Selatan ditulis di kertas putih dengan dakwat hitam. Orang Cina percaya bahawa warna merah melambang bertuah tetapi orang Korea Selatan menganggap warna merah itu berbahaya. Patutlah, saya tidak pernah jumpa kereta buatan Korea Selatan berwarna merah. Namun begitu, yin yang terdapat di bendera Korea Selatan adalah gabungan warna merah dan biru.

Artikel Berkaitan
Bulan Merah Di Cheonggyecheon
Punjung Ladang Kampung Hanok
Permainan Tuho Kampung Hanok


Monday, June 20, 2011

Bulan Merah Di Langit Malam Cheonggyecheon Seoul

Bulan Merah

Saya dan isteri menerbang bersama dengan Air Asia ke Seoul Korea Selatan pada bulan Februari. Foto pemandangan malam dengan bulan merah besar diambil di Cheonggyecheon, satu tarikan pelancong di Seoul.

Secara kebetulan bulan merah bulat muncul di langit ketika kami bersiar-siar di Cheonggyecheon. Tanpa sebarang teragak-agak, saya berkali-kali menekan pengatup kamera. Foto-foto yang diambil itu kurang memuaskan kerana teknik fotografi saya tidak begitu baik.

Ini merupakan kali kedua saya lihat bulan berwarna merah. Kali pertama di Selat Melaka semasa saya dalam perjalanan ke Singapura dengan bot.

Artikel Berkaitan
Punjung Ladang Kampung Hanok
Permainan Tuho Kampung Hanok
Mesin Pintal Purba Kampung Hanok


Sunday, June 19, 2011

Facebook Cuti-Cuti 1Malausia Bernilai 1.8 Juta

Facebook

Menteri Pelancongan Malaysia Dr Ng Yen Yen sekali lagi terlibat dalam pertikaian dengan parti pembangkang. DAP Ahli Paliemen Rasah Seremban Anthony Loke menuduh Dr Ng Yen Yen menyalahgunakan dana awam dengan mengupah Impact Creations, sebuah syarikat rangkaian internet untuk menyediakan laman peminat Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia.

Perkhidmatan laman peminat Facebook adalah percuma tetapi Kementerian Pelancongan Malaysia memperuntukkan sebanyak 1.8 juta untuk perkhidmatan tanpa bayaran ini. Dr Ng Yen Yen memang bijak berjenaka. Patutlah Anthony Loke mendakwa Dr Ng Yen Yen dengan gembira! Oleh kerana Dr Ng Yen Yen menghadapi masalah, beliau terpaksa menjawab seboleh-bolehnya. Malah Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin juga menggesa Dr Ng Yen Yen menjelaskan di Kabinet.

Memandangkan kedua pihak tidak kata sepakat dan tetap dengan pendapat masing-masing, keputusan mesti amat menarik!

Artikel Berkaitan
Demokrasi Adalah Kebebasan Bersuara
Ke Mana Wang Hasil Titik Peluh Kita Lesap
1Malaysia Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam


Saturday, June 18, 2011

Mesin Pintal Purba Di Kampung Hanok Namsangol

Mesin Pintal Purba

Apakah alat ini? Mungkin anda pernah lihat gambar rajah alat ini dalam buku teks.

Pelbagai alatan pertanian kuno yang dipelihara dengan baik didapati dalam Kampung Hanok Namsangol Seoul. Mesin pintal kendalian tangan ini merupakan salah satu alatan tersebut. Adakah mesin pintal ini sama dengan mesin pintal di negara anda pada masa dahulu?

Kebanyank petani Korea Selatan zaman purba hidup dalam kesederhanaan. Suri rumah harus membantu di sawah atau kebun. Mereka juga perlu menguruskan kerja rumah. Di samping itu, mereka terpaksa mencari masa untuk memintal benang dan menenun kain.

Artikel Berkaitan
Punjung Ladang Kampung Hanok
Permainan Tuho Kampung Hanok
Kraftangan Kertas Kampung Hanok


Friday, June 17, 2011

Punjung Ladang Kampung Hanok Namsangol Seoul

Punjung Ladang

Punjung ladang ini dibina di Kampung Hanok Namsangol Seoul. Anda tentu ketahui punjung ini jika anda berasal dari kawasan pertanian. Mungkin bentuk punjung itu tidak serupa.

Petani Korea Selatan berehat dan makan di punjung pada tengah pari. Hasil tanaman diletak di punjung sebelum dihantar ke pusat pengumpulan.


Terdapat banyak bekas buatan tangan digantung di bendul kayu. Bekas itu dibuat daripada tali jerami. Kini, tali jerami telah terpupus di Malaysia. Saya terperanjat apabila terjumpa bekas tali jerami di Seoul.

Artikel Berkaitan
Permainan Tuho Kampung Hanok
Kraftangan Kertas Kampung Hanok
Kraftangan Rakyat Kampung Hanok


Thursday, June 16, 2011

Kraftangan Rakyat Kampung Hanok Namsamgol Seoul

Cenderamata

Selain daripada bahan pameran, pusat pameran di Kampung Hanok Namsangol juga menjual kraftangan rakyat Korea Selatan.

Ingat membeli beberapa cenderamata cantik ketika anda melancong di Seoul. Sekiranya anda tidak keberatan harga benda kenangan itu, anda boleh membeli di mana-mana tempat. Jika tidak anda harus melakukan carian internet melalui mesin carian seperti Bing, Yahoo dan Google.

Artikel Berkaitan
Cheonugak Kampung Hanok
Perigi Hajat Kampung Hanok
Permainan Tuho Kampung Hanok


Wednesday, June 15, 2011

Pameran Kraftangan Kertas Kampung Hanok Namsangol


Pameran Kraftangan Kertas

Secara kebetulan pameran kraftangan kertas sedang dianjur semasa saya berkunjung ke Kampong Hanok Namsangol Seoul.

Pameran tersebut diadakan di dewan pameran dalam Kampung Hanok Namsangol. Tempoh pameran selama 27 hari. Iaitu dari 2 Februari hingga 28 Februari.


Kraftangan Kertas

Pelbagai kraftangan kertas dipaparkan dalam pameran.

Seorang petani Korea Selatan yang membawa alatan pertanian merupakan salah satu kraftangan yang dipamerkan. Hasil kerja ini sungguh mengagumkan kerana amat tampak hidup.

Artikel Berkaitan
Zuiyanhong Google Profile
The Author Of This Article
Permainan Tuho Kg Hanok
Cheonugak Kampung Hanok
Perigi Hajat Kampung Hanok

Tuesday, June 14, 2011

Permainan Tuho Kampung Hanok Namsangol Seoul

Permainan Tuho

Permain tuho berasal dari Cina dan amat digemari oleh golongan bangsawan. Kerajaan Korea Selatan sungguh berazam untuk memelihara warisan kebudayaan. Kini, permainan ini agak lazim terutama semasa perayaan rakyat.

Permainan Tuho

Permainan tuho boleh dimain secara kumpulan atau perseorangan. Cara menjalankan permainan tuho adalah dengan melontar panah ke dalam silinder seramik. Peserta atau kumpulan yang berjaya melempar panah paling banyak ke dalam silinder akan menjadi pemenang.


Artikel Berkaitan
Cheonugak Kampung Hanok
Perigi Hajat Kampung Hanok
Pentas Terbuka Kampung Hanok


Monday, June 13, 2011

Perigi Hajat Kampung Hanok Namsangol Seoul

Perigi Hajat

Terdapat sebuah perigi hajat di Kampung Hanok Namsangol Seoul. Pelancong boleh membuat hajat setelah melontar sekeping syiling ke dalam perigi tersebut.

Ternyata bahawa perkara ini juga disukai ramai di Seoul. Mungkin melempar sekeping syiling untuk makbul hajat adalah tiada sempadan.

Perigi Hajat

Di bawah perigi hajat itu penuh dengan syiling dari pelbagai negara. Perigi itu merupakan perigi hajat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketika berada di Korea Selatan, saya buat seperti orang Korea Selatan. Diharap keamanan dunia kekal abadi dan sifar inflasi di Malaysia.

Artikel Berkaitan
Cheonugak Kampung Hanok
Pentas Terbuka Kampung Hanok
Rumah Tradisional Kampung Hanok


Sunday, June 12, 2011

Pentas Terbuka Kampung Hanok Namsangol Seoul

Pentas Terbuka

Terdapat sebuah pentas terbuka di Kampung Hanok Namsangol Seoul. Pentas tersebut di dapati di sisi Cheonugak tradisional. 

Pelbagai acara kebadayaan di pentaskan pada perayaan dan hujung minggu. Pertunjukan ini termasuk Pansori, nyanyian rakyat, Tarian Bertopeng dan Tarian Nongak.

Kemasukan ke Kampung Hanok Namsangol adalah percuma. Persembahan seni dan muzik di Kampung Hanok Namsangol juga tidak perlu membayar.

Artikel Berkaitan
Rumah Tradisional Kampung Hanok
Alatan Senaman Asrama Belia Seoul
Pusat Pertukaran Budaya Belia Seoul



Saturday, June 11, 2011

Cheonugak Kampung Hanok Namsangol Seoul

Cheonugak

Terletak di sisi sebuah kolam kecil di Kampung Hanok Namsangol Seoul, Cheonugak merupakan sebuah pavilion anggun tradisional.

Berjalan sebanyak beberapa langkah dari pintu masuk utama Kampung Hanok Namsangol, Cheonugak Korea yang luar biasa berada di sebelah kiri anda. Mendengar detikan hujan dan menyaksikan air jernih anak sungai di Cheonugak sungguh puitis.

Semasa kunjungan saya ke Kampung Hanok Namsangol, permukaan air kolam masih beku. Cuaca pada masa itu juga baik. Oleh demikian saya amat rindu akan bunyi titisan hujan dan air jernih anak sungai.

Sekiranya menjerang air untuk membuat teh serta berpuisi dibenarkan di Cheonugak, tidak dapat dinafikan bahawa keadaan ini memang menyeronokkan.

Artikel Berkaitan
Rumah Tradisional Kampung Hanok
Alatan Senaman Asrama Belia Seoul
Pusat Pertukaran Budaya Belia Seoul


Friday, June 10, 2011

Nik Aziz Sokong Mat Sabu Jadi Timbalan Presiden

Mohamad Sabu

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Tok guru menggesa Mohamad Sabu menjadi penghubung untuk PAS berinteraksi dengan rakyat bukan Islam.

Mohamad Sabu memenangi jawatan timbalan presiden dalam pilihan party dengan kelebihan 21 undi. Beliau menewaskan naib presiden Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 399 undi dan penyandang Nasharudin Mat Isa pula memperoleh 224 undi.

Waluapun kedua-dua ulama mempunyai sokongan media aliran utama, Mohamad Sabu masih berjaya menikmati kejayaan. Akibat pilihan dalam party jelas terbukti PAS berazam menawan Putra Jaya pada pilihan raya umum ke-13.

Artikel Berkaitan
Hadi Awang Membangunkan Negara Kebajikan
Khalid Samad Mendesak Rakyat Malaysia Berubah
Mohammad Nizar Menyanyi Bulan Mewakili Hatiku


Thursday, June 9, 2011

Hadi Awang Berbakti Membangunkan Negara Kebajikan

Hadi Awang

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasarnya kepada lebih daripada 1000 wakil pada Muktamar PAS ke-57 di Gombak.

Dalam ucapan selama sejamnya, Abdul Hadi Awang tidak menyentuh isu Negara Islam tetapi berulang-ulang menegaskan "Membangun Negara Kebajikan". Perubahan ketara ini bertujuan untuk menyelaraskan strategi Pakatan Rakyat. PAS terpaksa menukar tindakan politiknya supaya dapat menawan Putra Jaya pada pilihan raya umum ke-13.

Adakah Pakatan Rakyat akan mengganti Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan baru? Akibatnya sungguh menarik.

Artikel Berkaitan
Ulama Islam Terhormat Nik Abdul Aziz Nik Mat
Khalid Samad Mendesak Rakyat Malaysia Berubah
Mohammad Nizar Menyanyi Bulan Mewakili Hatiku


Wednesday, June 8, 2011

Rumah Tradisional Kampung Hanok Namsangol Seoul

Hanok

Terdapat lima buah bangunan tradisional dalam Kampung Hanok Namsangol di Seoul.

1. Surau Yun Taekyong di Jegidong
2. Rumah Permaisuri Yun Sunjeonghyo di Ogindong
3. Rumah Dophyeonsu Lee Seugup di Samgakdong
4. Rumah Bumadowi Park Yonghyo di Gwanhundong
5. Rumah Owijang Kim Chunyoung di Samcheongdong


Kelima-lima rumah ini telah dialih dan dipulih dalam Kampung Hanok Namsangol. Oleh kerana terlalu usang, kediaman keluarga Yun dibina semula dalam Kampung Hanok Namsangol

Orang Korea Selatan memang gigih dalam memelihara warisan kebudayaan mereka. "Dasar Pandang Timur' telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad sejak 1981. Bagaimanakah akhirnya? Jawapannya sungguh menarik.

Artikel Berkaitan
Kafe Nyaman Asrama Belia Seoul
Alatan Senaman Asrama Belia Seoul
Pusat Pertukaran Budaya Belia Seoul


Tuesday, June 7, 2011

Kampung Hanok Namsangol Pildong Seoul Korea Selatan

Kampung Hanok Namsangol

Terletak di kawasan Pildong Seoul, Kampung Hanok Namsangol mengekalkan suasana halaman kampung tradisional Korea Selatan.

Kampung Hanok Namsangol pada asalnya ialah pusat peranginan musim panas semasa Joseon Dynasti. Kerajaan Korea Selatan mengubahkan tapak tersebut menjadi sebuah desa purba untuk penghuni Seoul dan pelancong asing berkunjung.

Kampung Hanok Namsangol tutup pada setiap Selasa dan kemasukan percuma. Masa melawat adalah seperti berikut: April hingga Oktober adalah dari pukul 9 pagi hangga pukul 9 malam. November hingga Mac adalah dari pukul 9 pagi hingga 8 malam.

Subway tersedia ke Kampung Hanok Namsangol. Anda boleh menaiki subway laluan 3 dan 4 ke Stesen Chungmuro. Keluar dari pintu keluar 3 atau 4 di Stesen Chungmuro dan berjalan beberapa minit ke Kampung Hanok Namsangol.

Artikel Berkaitan
Kafe Nyaman Asrama Belia Seoul
Alatan Senaman Asrama Belia Seoul
Pusat Pertukaran Budaya Belia Seoul


Monday, June 6, 2011

MIZY Pusat Pertukaran Budaya Belia Seoul

Pusat MIZY

Terletak di aras 2 di Asrama Belia Seoul, Pusat MIZY merupakan Pusat Pertukaran Budaya Belia Seoul. Pusat tersebut menyediakan pelbagai rancangan pertukaran belia antarabangsa.

Pusat MIZY mula beroperasi sejak 2000 dan kini diuruskan oleh Jawatankuasa Kebangsaan UNESCO Korea Selatan. Peserta-peserta kegiatan yang dianjurkan oleh Pusat MIZY boleh menggunakan kemudahan yang didapati di Asrama Belia Seoul.

Sekiranya anda berumur 9 hingga 24 dan berminat terhadap rancangan pertukaran belia, layari laman web Pusat MIZY untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan
Kafe Nyaman Asrama Belia Seoul
Alatan Senaman Asrama Belia Seoul
Dapur Layan Diri Asrama Belia Seoul


Sunday, June 5, 2011

Berehat Di Punjung Asrama Belia Seoul Korea Selatan

Punjung"

Penat berjalan atau bersenam, berehat di punjung di tapak rekreasi berhampiran Asrama Belia Seoul.

Berehat kerana ingin melanjutkan perjalanan lebih jauh. Setelah pulih dari keletihan, meneroka semula kesibukan dan kepesonaan Seoul.

Tidak kira apa tujian anda melawat Seoul, menginap di Asrama Belia Seoul adalah pasti pilihan betul anda.

Artikel Berkaitan
Kafe Nyaman Asrama Belia Seoul
Alatan Senaman Asrama Belia Seoul
Dapur Layan Diri Asrama Belia Seoul


Saturday, June 4, 2011

Alatan Senaman Asrama Belia Seoul Korea Selatan

Alatan Bersenam

Jika anda ingin bersenam atau mengekalkan kecergasan alatan senaman tersedia untuk anda di Asrama Belia Seoul.

Orang Korea Selatan bukan sahaja gemar membaca tetapi juga mengambil berat tentang kesihatan mereka. Malahan mereka gigih bersenam ketika melancong. Alatan bersenam terletak di taman riadah berhampiran Asrama Belia Seoul. Tetamu bilik yang berminat bersenam tentu tidak akan terlepas peluang untuk menggunakan alatan senaman tersebut.

Dari kemudahan yang terdapat di Asrama Belia Seoul, ianya mendedahkan bahawa kerajaan Korea Selatan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat. Patutlah kini Korea Selatan telah menjadi sebuah negara maju!

Artikel Berkaitan
Bilik Tetamu Asrama Belia Seoul
Kafe Nyaman Asrama Belia Seoul
Dapur Layan Diri Asrama Belia Seoul


Friday, June 3, 2011

Mengambil Angin Di Taman Riadah Asrama Belia Seoul

Taman Riadah

Asrama Belia Seoul sungguh prihatin. Pelbagai kemudahan tersedia untuk pelawat.

Tetamu bilik yang mengambil berat kesihatan mereka boleh bersiar-siar di taman riarah berhampiran asrama. Mengikut landasan dan mendaki ke lereng untuk menghirup udara segar Bukit Namsan. Anda boleh menikmati keindahan Myeongdong yang terletak di kaki Bukit Namsan.

Menaik ke aras tinggi untuk menghayati pemandangan mempesona Seoul merupakan kenangan manis istimewa.

Artikel Berkaitan
Bilik Tetamu Asrama Belia Seoul
Kafe Nyaman Asrama Belia Seoul
Dapur Layan Diri Asrama Belia Seoul


Thursday, June 2, 2011

Dapur Layan Diri Asrama Belia Seoul Korea Selatan

Dapur Asrama Belia Seoul

Selain daripada taman bunga atas bumbung, sebuah dapur layan diri didapati di aras 7 Asrama Belia Seoul.

Pada pendapat saya, pelancong asing tidak akan memasak semasa melancong di Seoul. Pelancong setempat mungkin akan memasak ketika mereka menginap di Asrama Belia Seoul.

Memasak sungguh menyeronokkan sekiranya anda gemari.

Artikel Berkaitan
Informasi Asrama Belia Seoul
Bilik Tetamu Asrama Belia Seoul
Kafe Nyaman Asrama Belia Seoul


Wednesday, June 1, 2011

Taman Bunga Atas Bumbung Asrama Belia Seoul

Taman Bunga Atas Bumbung

Pada malam terik musim panas, menghayati udara nyaman di taman bunga atas bumbung Asrama Belia Seoul sungguh seronok sekali.

Bersantai diri dengan minum secawan kopi harum Korea Selatan dan dikipas oleh bayu lembut. Lampu-lampu yang mempesona berkilau di kejauhan.

Ketepikan segala perkara remem-temeh semasa melancong dan menikmati perjalanan anda di Seoul.

Artikel Berkaitan
Kafe Asrama Belia Seoul
Lobby Asrama Belia Seoul
Informasi Asrama Belia Seoul