Monday, January 31, 2011

Selamat Datang Ke PRK N27 Merlimua

Merlimau
Keputusan pilihan raya kecil Tenang yang dinanti-nantikan itu telah diumumkan. Calon BN Mohd Azahar Ibrahim telah menang dalam pilihan raya kecil tersebut. Beliau mendapat 6699 undi manakala Normala Sudirman dari PAS mendapat 2992 undi. Majoriti undi 3707 dan undi rosak 142.

Dengan pilihan raya kecil Tenang telah diselesaikan, pasukan kempen dari BN dan PR akan beralih ke medan PRK Merlimau N27. Merlimau terletak di daerah Jasin, Melaka. Secara kebetulan, lokasi Merlimau berada di tengah-tengah antara Muar dan bandar Melaka. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru, anda boleh membelok ke tol Jasin lalu menuju ke Merlimau. Dari Muar atau bandar Melaka, anda boleh melalui lebuh AMJ, hanya memerlukan lebih kurang 30 minit memandu.

Merlimau mengalu-alukan kehadiran anda dan semoga anda membawa kembali kenangan manis setelah tamat berkempen.

Artikel Berkaitan
Rumah Penghulu Merlimau
Politeknik Merlimau Melaka
Berita Kedai Kopi PRK Merlimau


Saturday, January 29, 2011

Berita Kedai Kopi Pilihan Raya Kecil Merlimau

Merlimau
Berdasarkan berita kedai kopi Merlimau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib dijadualkan melawat Merlimau pada akhir Februari. Beliau akan berkempen secara peribadi untuk meningkatkan peluang kemenangan BN.

Menurut laporan media,Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari. Pengumuman SPR mengesahkan berita kedai kopi Merlimau adalah tepat.

Pilihan raya kecil telah menjadi satu tradisi di Malaysia yang memanfaatkan rakyat jelata. Oleh sebab itu, pengundi Dun Merlimau tidak sabar untuk ketibaan hari yang paling istimewa itu.

Artikel Berkaitan
Perigi Portugis Merlimau
Rumah Penghulu Merlimau
Politeknik Merlimau Melaka


Friday, January 28, 2011

Perigi Portugis Merlimau

Perigi Portugis Merlimau
Perigi Portugis terletak berhampiran Makam Tun Teja di Kampung Pengkalan Samak. Lokasi Perigi Portugis hanya 5 minit memandu dari pekan Merlimau.

Perigi Portugis Merlimau
Perigi ini digali oleh tentera Portugis ketika pemerintahan Portugis di Melaka selama 130 tahun. Sultan Mahmud Syah melarikan diri ke Johor selepas kejatuhan Dinasti Melaka. Baginda sering menyerang Portugis supaya mendapatkan semula Melaka. Askar-askar telah ditempatkan di sana untuk melindungi Merlimau dari serangan musuh.

Perigi Portugis Merlimau
Ini merupakan jalan yang menuju ke Perigi Portugis. Terdapat banyak pokok kelapa sawit di sepanjang jalan. Tapak Perigi Portugis agak terpencil. Kerajan harus memelihara dan mempromosikan Perigi Portugis sebagai destinasi pelancongan yang terkenal.

Artikel Berkaitan
Kolej Komuniti Merlimau
Rumah Penghulu Merlimau
Politeknik Merlimau Melaka


Thursday, January 27, 2011

Video Kolej Komuniti Merlimau


Sila melayari Kolej Komuniti Merlimau untuk membaca maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan
Rumah Penghulu Merlimau
Politeknik Merlimau Melaka
Dun Merlimau Mohamad Hidhir


Monday, January 24, 2011

Adun Merlimau Mohamad Hidhir Meninggal Dunia

Mohamad Hidhir
Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan meninggal dunia kerana serangan jantung di Hospital Pakar Putra, Melaka sekitar pukul 8 malam Khamis.

Datuk Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami ketidakselesaan perut setelah pulang dari Taiwan awal bulan ini. Beliau menderita serangan jantung kali pertama pada hari Sabtu. Selepas dua serangan jantung lagi, beliau terpaksa menghembus nafas terakhir.

Dengan kematian Datuk Mohamad Hidhir dari UMNO, pilihan raya kecil ke-15 sejak pilihn raya umum 2008 akan diadakan dalam masa 60 hari.

Artikel Berkaitan
Kolej Komuniti Merlimau
Rumah Penghulu Merlimau
Makam Tun Teja Merlimau


Friday, January 21, 2011

Winter Sonata Pulau Nami Korea Selatan

Winter Sonata
Pulau Nami merupakan salah satu tapak penggambaran Winter Sonata. Banyak babak Winter Sonata difilemkan di Pulau Nami. 

Winter Sonata
Park Yong Ha, pelakun bersama Winter Sonata menggantung diri dengan kabel pengecas kamkorder pada 30 Jun, 2010. Dia ditemui mati oleh ibunya di kediaman di Nonhyeondong. Peminat Park Yong Ha sungguh sedih terhadap kematian idola mereka.

Bae Yong Joon
Ramai penggemar Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo melawat Pulau Nami setelah menonton Winter Sonata. Sebelum ini, Pulau Nami tidak dikenali sama sekali. Kini, Pualu Nami telah menjadi destinasi pelancongan amat popular di Korea Selatan.

Artikel Berkaitan
Everland Theme Park
Mata Air Panas Mt. Sorak
Dae Jang Geum Theme Park

Tuesday, January 18, 2011

Harry Potter Berkunjung Ke Everland Theme Park

Harry
Harry Potter berkunjung ke Everland Theme Park, Korea Selatan. Sebenarnya foto di atas adalah poster Harry Potter yang terpapar di depan pawagam di Everland Theme Park.

"Harry Potter" merupakan cereka popular J.K. Rowling dari British. Filem "Harry Potter" mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Orang Korea Selatan dari timur jauh juga meminati "Harry Potter".

Everland Theme Park yang bertaraf dunia terlatak di Yongin, Gyeonggi-do. Yongin sekitar 40 km  selatan Seoul. Kini, Everland Theme telah menjadi destinasi yang amat digemari oleh pelancong.

Artikel Berkaitan
Mata Air Panas Mt. Sorak
Musim Sejuk Korea Selatan
Dae Jang Geum Theme Park


Sunday, January 16, 2011

Musim Sejuk Di Korea Selatan

Musim Sejuk
Foto ini diambil dari jendela hotel yang saya menginap sewaktu berkunjung ke Korea Selatan. Seperti yang ditunjukkan dalam foto, bumbung bangunan-bangunan diliputi dengan salji. Anda boleh bayangkan betapa sujuknya.

Lawatan saya ke Korea Selatan semasa musim sejuk pada tahun 2005 benar-benar tidak dapat dilupakan. Selepas beberapa jam penerbangan, saya harus menyesuaikan diri dengan iklim yang berbeza. Wow, pengalaman ini sungguh luar biasa!

Suhu musim sejuk Korea Selatan bawah 0 C. Malaysia bercuaca panas sepanjang tahun. Terdapat perbezaan besar dalam cuaca di antara Malaysia dan Korea Selatan.

Saya tidak mempunyai pengalaman hidup dalam musim sejuk sebelum menjejak kaki ke tanah Korea Selatan. Ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup saya. Musim sejuk Korea Selatan terlalu sejuk bagi saya.

Artikel Berkaitan
Everland Theme Park Korea Selatan
Mata Air Panas Mt. Sorak Korea Selatan
Menara Hanbit Taman Ekspo Sains Daejeon


Friday, January 14, 2011

Mata Air Panas Mt. Sorak Korea Selatan

Ini merupakan satu mata air panas di Mt. Sorak. Lokasi ini tidak jauh dari kota Sokcho. Terdapat beberapa buah pangsapuri hotel di sekitar mata air panas itu. Sekeliling mata air panas diliputi salji.

Photo kedua ialah pandangan mata air panas yang dibesarkan. Bas dan kereta diletak di luar kawasan mata air panas. Pelanggan berjalan ke kolam mata air panas untuk mandi di dalamnya. Bayangkan anda mandi di kolam mata air panas pada musim sejuk. Sungguh senorok dan menenangkan.

Artikel Berkaitan
Istana Deoksu Korea Selatan
Everland Theme Park Korea Selatan
Menara Hanbit Taman Ekspo Sains Daejeon


Monday, January 10, 2011

Pantai Sokcho Korea Selatan

Pantai Sokcho
Kota Sokcho terletak di Daerah Gangwon di bahagian timur laut Korea Selatan. Lokasi kota Sokcho berhampiran dengan Laut Timur di pantai timur Semenanjung Korea.

Mt. Sorak merupakan satu destinasi pelancongan popular yang berdekatan kota Sokcho. Sekiranya tidak kesuntukan masa, pelawat Mt. Sorak biasanya juga bersinggah di kota Sokcho.

Pantai Sokcho
Pantai Sokcho adalah salah satu pantai Korea Selatan yang patut dikunjungi. Langit biru, pasir putih dan air jernih pantai Sokcho sungguh mempesona.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di pantai Sokcho seperti tapak perkemahan, bilik mandi, tempat letak kereta dan penginapan yang selesa. Pantai Sokcho dibanjiri pengunjung semasa Pesta Matahari Terbit pada 1 Januari setiap tahun.

Artikel Berkaitan
Istana Deoksu Korea Selatan
Everland Theme Park Korea Selatan
Menara Hanbit Taman Ekspo Sains Daejeon


Thursday, January 6, 2011

Pemandangan Salji Mt. Sorak Korea Selatan

Mt. Sorak
Mt. Sorak, puncak ketiga tinggi terletak di Wilayah Gangwon di Korea Selatan. Bertolak dari Seoul ke Mt. Sorak mengambil masa 4 jam. Kerajaan Korea Selatan mengumumkan Mt. Sorak sebagai kawasan pemuliharaan alam dalam tahun 1965. Manakala UNESCO pula, menyenaraikan Mt. Sorak sebagai Warisan Dunia dalam tahun 1982.

Mt. Sorak
Mt. Sorak, destinasi yang perlu melawat ketika berkunjung di Korea Selatan. Menurut risalah pelancongan yang dibekal oleh hotel, masa yang paling sesuai untuk mendaki Mt. Sorak adalah pada musim gugur. Sekiranya anda gemar menikmati pemandangan musim luruh, menjejak kaki ke Mt. Sorak sekitar September hingga November.

Mt. Sorak
Jika anda ingin rasa bayu sejuk dan salji putih, anda boleh membuat satu temu janji dengan Mt. Sorak pada musim sejuk. Sokcho ialah kota terdekat dengan Mt. Sorak. Dari Sokcho ke Mt. Sorak hanya memerlukan 15 minit dengan menaiki kereta. Taman Nasional Mt. Sorak merupakan lokasi yang paling popular dikunjungi. Patung raksasa Buddha dan tokong Shinhung berada di pintu masuk utama Taman Nasional Mt. Sorak.

Mt. Sorak
Tiba di pintu masuk utama Taman Nasional, anda harus berjalan kaki ke stesen kereta kabel. Pengunjung boleh menaiki kereta kabel ke Kubu Gwongeumseong. Kalau anda sihat dan kuat, boleh meneruskan perjalanan ke puncak Mt. Sorak. Kereta kabel tidak beroperasi semasa berangin dan bersalji. Nasib baik cuaca cerah sewaktu saya menziarahi Mt. Sorak.

Suhu musim sejuk di Mt. Sorak di bawah sifar. Ingat membuat persiapan rapi supaya dapat bercuti dengan gembira di Mt. Sorak dan membawa kembali kenangan manis.

Artikel Berkaitan
Muzium Rakyat Korea Selatan
Everland Theme Park Korea Selatan
Menara Hanbit Taman Ekspo Sains Daejeon


Sunday, January 2, 2011

Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-44 DAP Melaka

Karpal Singh
DAP Melaka telah menganjurkan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-44 di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong pada 16/12/2010.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor merangkap pengerusi DAP, Karpal Singh adalah salah seorang daripada penceramah dihormati. Beliau pernah ke Melaka pada tahun 80-an. Lawatan beliau berhubung dengan isu Bukit Cina.

Karpal Singh juga berkongsi humornya dengan penyokong DAP Melaka. Beliau telah menyaran Anwar Ibrahim supaya tidak menerima Zaid Ibrahim sebagai ahli PKR.  Anwar Ibrahim tidak mengikut nasihatnya. Akhirnya terbukti Zaid Ibrahim ialah alhi politik yang gemar melompat

Nurul Izzah

Naib presiden PKR yang baru dilantik merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menyindir kerajaan BN sebagai kerajaan "hu li hu tu". Sebenarnya "hu li hu tu" ialah satu frasa Cina yang bermaksud "bodoh" atau "bingung". Ia boleh juga diterjemahkan sebagai "tidak berguna".

Khalid Samad
Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad melontar satu soalan kepada para hadirin sama ada bosan terhadap ucapannya. Beliau mengata demikian kerana Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia selalu mengarah beliau menghentikan pertanyaannya. Ini menunjukkan bahawa Khalid Samad tidak pernah tidur di Dewan Rakyat.

Wong Ho Leng
Seorang lagi pemimpin DAP yang menyampaikan ucapan ialah Wong Ho Leng. Beliau merupakan Ahil Parlimen Sibu merangkap pengerusi Sarawak.

Wong Ho Leng bangga dengan kemenangannya dalam pilihan raya kecil Sibu pada 16 May tahun ini. Pengundi menolak BN walaupun Perdana Menteri Najib berjanji akan menandatangani cek berjumlah 5 juta untuk mengatasi masalah banjir di Taman Rejang sekiranya calon BN menang.

Adakah PKR akan mengambil alih Putrajaya? Ya, soalan ini sungguh menarik. Semua rakyat Malaysia tidak sabar untuk mengetahui jawapannya.

Pautan Berkaitan
Ceramah Pas Sungai Rambai Melaka
Demokrasi Adalah Kebebesan Bersuara
Malaysia Memerlukan Perubahan Dalam 2011