skip to main |
skip to sidebar

Di antara kafe ais terdapat di Melaka, saya paling gemar berkunjung Kafe Ais Tai Chong. Alasannya ialah minuman yang dihidangkan sungguh enak dan tetamu dilayan dengan mesra.Kafe Ais Tai Chong terletak di Jalan Bunga Raya. India Kecil Melaka dan Kawasan Warisan Melaka tidak jauh dari Kafe Ais Tai Chong.Jarang sering berlanggan di kafe ais yang sama. Setelah menikmati ais kacang Kafe Ais Tai Chong, saya singgah di kafe itu berkali-kali. Oleh kerana tidak menahan godaan ais kacang, saya tidak jemu ke Kafe Ais Tai Chong. Ais kacang yang ditambah santan dan Gula Melaka benar-benar terpesona.Cendol dan rojak hidangan Kafe Ais Tai Chong juga sedap. Sekiranya anda tidak suka minuman sejuk, cubalah teh atau kopi.Sprite dan Fanta merupakan minuman ringan kegemaran saya pada zaman remaja. Saya mengambil gambar untuk di simpan sebagai kenangan.

Guimenguan (Lorong Jambatan) merupakan satu lorong di kota Melaka. Guimenguan bermaksud pintu masuk neraka dalam bahasa Cina. Sebenarnya ia sebatang jalan pintas dari Jalan Bunga Raya ke Jalan Kampung Pantai. Bukan semua orang Melaka tahu bahawa lorong yang pendek dan sempit itu ialah Guimenguan.
Walaupun Guimenguan telah mengalami banyak perubahan, terdapat beberapa buah kedai masih beroperasi. Kedai ini membekalkan barangan nenek. Acuan kek dan bakul buluh nyonya digantung di hadapan kedai. Banyak barangan lama dijual di sini.
Wah Nam Baru ialah satu lagi kedai yang masih berniaga di Guimenguan. Kedai ini pakar dalam membingkai photo, memotong kaca berwarna dan membuat kaca tanda kedai.Jambatan Kampung Jawa menghubungkan Jalan Jawa dan Guimenguan. Jika anda ingin ke Jalan Kampung Pantai dari Jalan Bunga Raya, anda harus belok ke Jalan Jawa dan melintas Jambatan Kampung Jawa. Pada zaman dahulu, tebing Sungai Melaka berhampiran Jalan Kampung Pantai ialah jeti yang sibuk. Kebanyakan orang Cina berasal dari Cina menetap di sana. Mereka pergi ke Jalan Jawa untuk berseronok pada masa lapang. Pada masa itu, terdapat banyak rumah pelacuran, kedai candu dan tempat perjudian di sepanjang Jalan Jawa. Penagih dadah, kaki judi kecewa dan pesakit penyakit kelamin membunuh diri dengan terjun ke Sungai Melaka. Itulah mengapa jambatan ini juga dikenali sebagai "Nai He Qiao" yang bererti "Jambatan ke Neraka".

Poskad ini dihantar oleh anak saya yang melancong di Daejeon, Korea Selatan. Daejeon terletak di bahagian tengah Korea Selatan. Ia merupakan kota terbesar kelima Korea Selatan.Bangunan dalam poskad di atas adalah Menara Hanbit yang terdapat di Taman Ekspo Sains Daejeon. Menurut maklumat yang diberitahu oleh anak saya, Menara Hanbit dibina pada 1993 semasa Ekspo 93 diadakan di Daejeon. Kini, tapak Ekspo 93 telah dijadikan Taman Ekspo Sains yang menarik ramai pelancon dari seluruh dunia.