Tuesday, June 29, 2010

Jambatan Tan Kim Seng Melaka

Jambatan Tan Kim Seng Melaka
Jambatan Tan Kim Seng merentangi Sungai Melaka dan menyambung Dataran Belanda di satu tebing dan Jonker Walk di tebing sebelah.

Jambatan Tan Kim Seng Melaka
Penamaan Jambatan Tan Kim Seng adalah untuk mengenang dermawan Tan Kim Seng. Dilahirkan pada tahun 1805 di Melaka, Tan Kim Seng menghijrah ke Singapura untuk mencari rezeki.

Beliau menceburi kebajikan komuniti seumur hidup. Sumbangan beliau termasuk mengasaskan sekolah, menaja hospital, membina jambatan dan meningkatkan taraf kemudahan awam.

Jambatan Tan Kim Seng Melaka
Jambatan Tan Kim Seng pada asalnya sebuah jambatan kayu. Orang Portugis membina semula dengan batu dan simen. Jambatan itu rosak teruk semasa pemerintahan Inggeris. Pada tahun 1862, Tan Kim Seng subsidi pembinaan jambatan itu dan siap dibina dua tahun kemudian.

Pautan Berkaitan :
Gereja Christ Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Air Pancut Ratu Victoria Melaka


Sunday, June 27, 2010

Air Pancut Ratu Victoria Melaka

Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Terletak di Dataran Belanda di Melaka, Air Pancut Ratu Victoria telah menjadi latar belakang yang popular untuk mengambil gambar.

Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Pada tahun 1824, Inggeris dan Belanda menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda. Inggeris memperoleh pemilikan Melaka dengan pertukaran Bencoolen Sumatera kepada Belanda.

Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Inggeris menubuh Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Negeri-Negeri Selat terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan di bawah pemerintahan Gabenor Syarikat Hindia Timur.

Air Pancut Ratu Victoria Melaka
Air Pancut Ratu Victoria telah dibina pada tahun 1904 sempena Jubli Intan Ratu Victoria United Kingdom. Selepas lebih daripada seratus tahun, Air Pancut Ratu Victoria masih berdiri tegak di Dataran Belanda.

Related Links :
Gereja Christ Melaka
Kota A Famosa Melaka
Stadhuys Belanda Melaka


Wednesday, June 23, 2010

Gereja Christ Melaka

Gereja Christ Melaka
Gereja Christ terletak di Medan Belanda di Melaka. Di sebelah kanan Gereja Christ ialah Stadhuys. Terdapat sebuah merara jam di depan Gereja Christ.

Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, orang Belanda beribadah di Gereja St. Paul sehingga pembinaan Gereja Christ siap pada 1753.

Gereja Christ Melaka
Bandaraya Bersejarah---Melaka telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008. Gereja Christ yang telah dibina melebihi 200 tahun merupakan salah satu bangunan yang disenaraikan.

Gereja Christ Melaka
Kini, Gereja Christ telah menjadi satu destinasi pelancongan yang amat terkenal. Pengunjung dari seluruh dunia berkerumun di Gereja Christ pada cuti am, cuti sekolah dan hujung minggu.

Orang Belanda berebut-rebut ke timur untuk berdagang pada abad ke-18. Tidak terduga sama sekali, bangunan yang ditinggalkan oleh mereka telah memainkan peranan penting dalam pelancongan Melaka.

Pautan Berkaitan :
Zoo Melaka
A Famosa Melaka
St. Francis Xavier


Saturday, June 19, 2010

Sukan Malaysia Ke-13 2010 Bahagian 2

Pusat Akuatik Hang JebatSelepas keluar dari Politeknik Merlimau, saya memandu menuju ke Kompleks Sukan Hang Jebat di Krubong, Melaka. Gambar terpapar di atas merupakan Puast Akuatik Hang Jebat. Acara renang dan terjun Sukma Ke-13 dilangsungkan di sini.

Pusat Akuatik Hang Jebat
Pusat Akuatic Hang Jebat bertaraf Sukan Olimpik. Terdapat 10 lorong renang berpanjangan 50 meter di Pusat Akuatic Hang Jebat. Sebelah kiri dan kanan ialah tempat duduk penonton. Bahagian depan dan belakang ialah platform terjun dan papan skor elektronik.

Pusat Akuatik Hang Jebat
Papan skor elektronik yang canggih memaparkan keputusan dengan serta-merta. Acara pertandingan, lorong renang, nama peserta, negeri, masa dan kedudukan dipaparkan dengan jelas.

Pusat Akuatik Hang Jebat
Platform terjun berhadapan dengan papan skor elektronik. Acara terjun pada hari itu ialah 1 meter papan anjal. Ketika saya tiba di Pusat Akuatik Hang Jebat, acara terjun tersebut telah tamat.

Acara renang Sukma Ke-13
Peserta acara 4x100 rampaian wanita bersiap sedia untuk berlumba.

Acara renang Sukma Ke-13
Peserta lelaki acara kuak lentang sedang berenang menuju ke garisan penamat.

Acara renang Sukma Ke-13
Pemenang acara 100 meter kuak lentang wanita sungguh gembira semasa sisi penyampaian hadiah. Mereka terdiri daripada Johan Chan Kah Yan (Wilayah Persekutuan), Naib Johan Loo Hei Di (Selangor) dan Tempat Ke-3 Cheng Karmen (Perak).

Pautan Berkaitan :
A Famosa Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Piala Dunia FIFA Afrika Selatan


Friday, June 18, 2010

Sukan Malaysia Ke-13 2010 Bahagian 1

Sukma 2010
Sukan Malaysia ke 13 telah bermula pada 10 Jun di Melaka. Sukan ini berlangsung selama 10 hari.

Merlimau Politeknik
Gambar terpapar di atas ialah Politeknik Merlimau. Acara ragbi, gimrama dan gimnastik diadakan di Politeknik Merlimau.

Merlimau Politeknik
Perlawanan ragbi telah tamat semasa saya tiba di padang Politeknik Merlimau.

Merlimau Politeknik
Beralih ke Dewan Platinum untuk menyaksi acara gimrama dan gimnastik. Malangnya, acara gimrama dan gimnastik sesi pagi telah selesai.

Merlimau Politeknik
Dewan Platinum ternampak kosong. Para hakim sedang makan tengah hari di kantin.

Pautan Berkaitan :
A Famosa Melaka
Stadhuys Belanda Melaka
Piala Dunia FIFA Afrika Selatan


Wednesday, June 16, 2010

Kuih Zang Nyonya Melaka

Kuih Zang Nyonya Melaka
Selain tempat bersejarah terkenal sedunia, terdapat pelbagai makanan enak di Melaka. Kuih zang Nyonya merupakan salah satu makanan lazat Melaka.

Kuih Zang Nyonya Melaka
Kuih zang Nyonya Melaka sungguh sedap. Seperti anda dapat melihat dari gambar di atas, kuih zang Nyonya kelihatan begitu berselera.

Kuih Zang Nyonya Melaka
Daun buluh digunakan untuk membalut kuih zang Nyonya. Bahan-bahan lain untuk membuat kuih zang Nyonya termasuk beras pulut, jus bunga telang (Clitoria Ternatea), panca rempah, kacang merah, ayam dan cendawan.

Ingat cuba kuih zang Nyonya semasa anda melancong di Melaka. Anda akan menyesal jika tidak berbuat demikian.

Pautan Berkaitan :
Zoo Melaka

A Famosa Melaka

Gereja St. Paul Melaka


Sunday, June 13, 2010

Stadhuys Belanda Melaka

 Stadhuys Belanda Melaka
Stadhuys yang dibina oleh Belanda adalah sepopular idola terkenal sedunia. Terletak di Medan Belanda di Melaka. Ramai pelancong dari seluruh dunia melawat Stadhuys setiap tahun.

 Stadhuys Belanda Melaka
Dibina pada 1650 sebagai kediaman Gabenor Belanda dan pusat pentadbiran, Stadhuys telah dijadikan Muzium Sejarah, Etnographi dan Sastera pada 1982.

 Stadhuys Belanda Melaka
Setelah mencapai kemerdekaan, kerajaan yang diterajui Tunku Abdul Rahman masih menguna Stadhuys sebagai jabatan pentadbiran.

 Stadhuys Belanda Melaka
Gerai-gerai cenderamata di luar Stadhuys merupakan penjara, berek, gudang dan bilik bawah tanah semasa pemerintahan Belanda pada abad ke-17. Kini, Stadhuys telah menjadi seekor angsa yang bertelur emas bagi Melaka.

Pautan Berkaitan :
Zoo Melaka
A Famosa Melaka
Gereja St. Paul Melaka


Thursday, June 10, 2010

A Famosa Melaka

A Famosa Melaka
A Famosa yang terkenal terletak di kaki Bukit St. Paul di Melaka. Portugis merupakan pembina A Famosa semasa pemerintahan mereka di Melaka selama 130 tahun. Kini, A Famosa telah dijadikan tempat pelancongan yang amat popular.

A Famosa Melaka
Portugis melayar ke Timur untuk mencari rempah ratus dalam abad ke-16. Demi menandingi pesaing lain dan menguasai perdagangan rempah ratus, Portugis menakluki dan membina pengkalan di Melaka.

Makam Tun Teja
Kejatuhan Melaka ke dalam tangan Portugis pada 1511, berakhir Dinasti Melaka yang diasaskan oleh Putera Parameswara berasal dari Palembang.

Sultan terakhir Dinasti Melaka, Sultan Mahmud Syah melarikan diri dalam ketakutan. Permaisuri Sultan Mahmud Syah, Tun Teja meninggal dunia di Merlimau semasa berundur ke Muar. Tun Teja telah dikebumikan di sawah padi di Merlimau Pantai.

A Famosa Melaka
Kerajaan 1Malaysia patut mengambil kelenyapan Dinasti Melaka sebagai satu pengajaran.

Bersatu teguh dan bercerai rubuh. Itulah sebabnya, kerajaan 1Malaysia tidak patut mengheboh-hebohkan kebudayan keutamaan kerana ia akan mewujudkan prasangka di kalangan rakyat.

Pautan Berkaitan :

Zoo Melaka

Gereja St. Paul Melaka

St. Francis Xavier Merenung Selat Melaka


Tuesday, June 8, 2010

St. Francis Xavier Merenung Selat Melaka

St. Francis Xavier
Mubaligh Sepanyol St. Francis Xavier berdiri sendiri di Bukit St. Paul di Melaka. Beliau telah menghadap Selat Melaka selama lebih dari 400 tahun. Mungkin St. Francis Xavier terlalu merindui halaman kampungnya atau cita-citanya masih belum dipenuhi.

St. Francis Xavier
Ini merupakan patung mubaligh Katolik terkenal St. Francis Xavier. Tapak tangan kanan patung telah putus. Saya pernah menganggap bahawa tapak tangan itu dimusnahkan oleh orang yang berniat jahat. Sebenarnya terdapat pelbagai versi cerita tentang peristiwa itu.

St. Francis Xavier telah dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan Sepanyol pada 1506. Semasa belajar di Paris, beliau bertemu dengan pengasas bersama Persatuan Nabi Isa---St. Ignatius Loyola. Semenjak itu, beliau menjadi seorang mubaligh Roman Katolik dan menyebarkan Katolikisme dengan sepenuh hati di Timur.

Kubur St. Francis Xavier
Dalam perjalanan ke Cina, St. Francis Xavier sakit tenat dan kemudian meninggal dunia di Pulau Shangchuan, Cina. Mayatnya telah ditanam di dalam Gereja St. Paul sebelum dikebumikan semula di Goa, India.

Kubur St. Francis Xavier ditutup dengan jaring dawai. Menurut desas-desus lain lubang itu ialah tempat keluar terowong bawah tanah. Anda boleh membuat hajat selepas memasukkan duit kedalam lubang besar itu.

Pautan Berkaitan :
Zoo Melaka

India Kecil Melaka--Jalan Bendahara

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka

Sunday, June 6, 2010

Gereja St. Paul Melaka

Gereja St. Paul Melaka
Gereja St. Paul masih menegak di atas Bukit St. Paul di Melaka. Sama ada hujan atau cerah, Gereja St. Paul telah bersama dengan orang Melaka selama lebih dari 400 tahu.

Gereja St. Paul telah dibina oleh---Duarte Coelho pada 1521. Pada awalnya, Gereja St. Paul merupakan sebuah gereja kecil untuk Katolik yang berada di Melaka pada abad ke-16. Pada 1566, Gereja St. Paul diubahsuai dan menjadi sebuah bangunan dua tingkat. Selain itu, sebuah mercu suar juga dibina di depan gereja.

Gereja St. Paul Melaka
Nama asal Gereja St. Paul ialah "Our Lady of The Hill" dan dinama semula sebagai "Gereja St. Paul" oleh Belanda. Gereja St. Paul telah diguna sebagai tempat ibadah sementara bagi Kristian di Melaka semasa pendudukan Belanda.

Gereja St. Paul telah terbengkalai apabila pembinaan Gereja Christ siap pada 1753. Kemudian, Gereja St. Paul dijadikan sebagai kubur oleh Belanda untuk menanam bangsawan mereka yang meninggal dunia.

Gereja St. Paul Melaka
Dengan masa berlalu dan akibat peperangan, Gereja St. Paul nyaris lesap. Nasib baik, dinding batu merah belang-belang masih berdiri tegak. Kalau tidak, ia akan menjadi satu lagi cerita sedih selaras perobohan dinding bandar purba oleh Inggeris.

Gereja St. Paul Melaka
Terdapat dua penyanyi Melaka menyanyi dengan gembira untuk para tetamu dari seluruh dunia. Mereka menyambut pelawat Gereja St. Paul dengan suara mereka yang nyaring.

Gereja St. Paul Melaka
Kebanyak tangga batu yang menuju ke Gereja St. Paul telah menukar wajah. Misalnya tangga batu dalam gambar di atas, bahagian atas ditutup dengan jubin seramik moden tetapi bahagian bawah dikekalkan tidak berubah. Ini bukan tapak bersejarah yang tulen. Ini adalah satu lagi projek 1Malaysia yang memalukan.

Wednesday, June 2, 2010

Zoo Melaka

Zoo Melaka
Zoo Melaka terletak di Air Keroh, Melaka. Jarak Zoo Melaka tidak sampai 5 minit dari Tol Air Keroh. Sekiranya anda menuju ke Bandar Melaka dari Tol Air Keroh, Zoo Melaka berada di sebelah kiri anda.

Zoo Melaka dibuka 7 hari seminggu. Masa melawat adalah dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang. Bayaran masuk ke Zoo Melaka tidak mahal, RM 7 untuk dewasa, RM 4 untuk kanak-kanak dan RM 2 unutk pelajar yang berseragam. Tempat meletak kenderaan disediakan. Pemilik kenderaan harus membayar RM 2 setiap kemasukan.

Zoo Melaka juga dibuka pada malam Jumaat, Sabtu dan malam cuti am dan cuti sekolah. Bayaran masuk adalah RM 10 untuk dewasa, RM 8 untuk kanak-kanak dan RM 4 untuk pelajar berseragam. Zoo Malam Melaka dibuka dari 8 malam hingga 11 malam.

Harimau Malayan
Terdapat sebanyak 100 jenis haiwan di Zoo Melaka termasuk burung, mamalia, amfibia dan reptilia. Pelawat akan kagum menonton pelbagai haiwan itu. Haiwan yang paling menarik perhatian saya ialah harimau Malayan.

Menurut informasi Zoo Melaka, pembinaan gua-gua harimau Malayan membelanjakan RM 2.8 juta. Rakyat Malaysia berpendapatan rendah bekerja sepanjang hayat hanya mampu mempunyai kediaman yang berharga berpuluh ribu ringgit sahaja. Kedudukan orang Malaysia ternyata rendah daripada haiwan. Adakah ini yang Perdana Menteri 1Malaysia Datuk Sri Najid selalau mengutarakan pada akhir-akhir ini ?

Kuda Belang Grant's
Kuda belang Grant's mundar-mandir di hadapan saya, seolah-olah mempersembahkan pertunjukan fesyen. Berbanding dengan padang rumput Afrika yang tiada terbatas, kandang kuda belang Grant's ini kelihatan terlalu sempit. Kuda belang Grant's tidak mampu memacu dengan pantas. Tanpa pilihan lain, kuda belang Grant's terpaksa berjalan perlahan-lahan.

Burung Camar
Saya tidak pasti tentang burung dalam gambar di atas kerana tidak dapat cari papan keterangan. Jika tidak silap saya, burung ini seekor burung camar. Nasib baik, burung camar ini hanya berpose di depan lensa dan tidak seperti burung camar di Perth, Australia yang mengejar pelancong. Kalau tidak, saya telah dipatuk oleh burung camar tersebut.

Trem Zoo Melaka
Kalau anda tidak ingin berjalan kaki, anda boleh menaiki trem yang bergerak di sekitar zoo. Anda menduduk di trem dan menikmati bermacam-macam haiwan liar dalam zoo dengan tidak tergesa-gesa.

Pautan Berkaitan :
India Kecil Melaka--Jalan Bendahara

Perayaan Hari Kanak-Kanak Di Malaysia

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010