Monday, April 26, 2010

Mi-Fang Korea Selatan (Rice Cookie)

Mi-Fang Korea Selatan
Pada 60-an, Cina di Malaysia memberi mi-fang kepada rakan-rakan dan saudara-mara ketika anak perempuan mereka berkahwin. Sejak 70-an, kedai kek muncul seperti cendawan tumbuh dengan banyaknya. Peranan mi-fang beransur-ansur diambil alih oleh kek. Pemberian mi-fang atau kek adalah mengharapkan jodoh yang berkahwin itu akan memperolehi kebahagiaan.

Mi-Fang Korea Selatan
Anak saya membawa balik sekotak mi-fang Korea Selatan (Rice cookie) semasa dia kembali dari Seoul. Saya terkejut apabila mengetahui bahawa mi-fang ialah salah satu makanan tradisional Korea Selatan.

Bahan-bahan membuat mi-fang termasuk beras berbuih, mentaga dan gula malt. Proses membuat mi-fang tidak sukar. Mendidih mentega dan gula malt dalam periuk dan kacau selama 5 minit. Tuang campuran itu ke dalam dulang yang disapu dengan mentega. Tambah jumlah beras berbuih yang tepat dan kacau sehingga sama rata.

Mi-Fang Korea Selatan
Mi-fang Korea Selatan tidak terlalu manis dan melekit. Ia rangup dan harum. Sebab mengapa mi-fang Korea Selatan tidak melekit kemungkinan gula malt diganti dengan madu. Rempah-rempah ditambah untuk mengharumkan mi-fang.

Pautan Berkaitan

Ma Ci Korea Selatan

Pai Keju Korea Selatan

Teh Ginseng Korea Selatan


Saturday, April 24, 2010

Katak Politik 1Malaysia

Katak
Katak politik ialah sejenis makhluk khusus dan digolongkan sebagai khazanah kebangsaan di Malaysia. Ia amat berharga kerana mempunyai kepakaran melompat yang luar biasa. Disamping itu, tabiat amfibianya benar-benar menakjubkan. Tiada katak di mana-mana negara di dunia boleh berbanding dengan katak politik 1Malayisa.

Bangunan Dewan Undangan Perak
Tanpa bukti yang kukuh mungkin anda akan menganggap bahawa saya cakap besar. Raja Monyet dalam novel Cina "Perjalanan Ke Barat" melakukan kekacauan di syurga tetapi katak politik 1Malaysia menimbulkan kacau-bilau di Dewan Undangan Perak. Mereka akhirnya berjaya menggulingkan Kerajaan Perak yang dipilih oleh rakyat dan menyokong Kerajaan Barisan National yang ditetapkan oleh mahkamah.

Pengeluaran Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti-parti sesungguhnya perbuatan yang memalukan kerana mengkhianati rakyat yang memberi mandat kepada mereka. Katak politik bahkan menerima elaun mereka yang merupakan wang pembayar cukai. Adakah ini nilai murni 1Malaysia yang diutarakan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak?

Tidak dinafikan bahawa melompat parti adalah penghinaan kebangsaan 1Malaysia. Sama ada melompat daripada Pakatan Rakyat ke Barisan National atau sebaliknya memang tidak bermoral dan harus dilarang.

Pautan Berkaitan
Saya Pun Melayu

8 Mac Hari Malaysia Bangun

Muhyiddin Patut Mengutamakan Zaid


Wednesday, April 21, 2010

Muhyiddin Yassin Patut mengutamakan Zaid Ibrahim

Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Razak berhasrat untuk mencapai matlamat 1 Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan & Prestasi Diutamakan". Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah berbeza pandangan dengan Datuk Sri Najib Razak kerana beliau berulang kali mengutarakan "Keutamaan Melayu".

Oleh kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap bahawa Melayu patut diberi keutamaan maka beliau harus menyokong calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim yang berketurunan Melayu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 Mac. Namun Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menepati janjinya. Beliau bukan sahaja menyokong P. Kamalanathan yang berketurunan India tetapi juga mengecam Datuk Zaid Yassin.

Sebagai peminpin yang tulus, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menunjukkan keikhlasannya berkempen untuk rakan Melayunya---Datuk Zaid Ibrahim. Kalau tidak, pendapat beliau mengenai "Keutamaan Melayu" hanya jenaka kebudak-budakan.

Pautan Berkaitan
Saya Pun Melayu

8 Mac Hari Malaysia Bangun

Renungan Jamaluddin Ibrahim

Monday, April 19, 2010

Saya Pun Melayu

Saya Pun Melayu
"Saya Pun Melayu" merupakan sebuah buku yang dihasilkan oleh Zaid Ibrahim. Beliau akan mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April.

Walaupun Zaid Ibrahim ialah seorang AJK Parti Keadilan Rakyat, membaca buku beliau tidak bermaksud saya menyokong Pakatan Rakyat.

Selain membaca "Saya Pun Melayu", saya juga seorang pembaca Perdana Menteri Datuk Sri Najib dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Buku mereka yang saya telah membaca ialah "Moving Ahead"(Datuk Sri Najib) dan "Dr. Mahathir's Letters To World Leaders"(Tun Dr. Mahathir).

Sebenarnya, saya penyokong rakyat Malaysia. Membaca "Saya Pun Melayu" hanya hobi saya dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan politik.

"Saya Pun Melayu" mendedahkan impian Zaid Ibrahim bagi pembaharuan demokrasi luar biasa di Malaysia. Beliau juga berhasrat untuk menyatu-padukan semua kaum di Malaysia supaya membentuk sebuah negara yang adil dan saksama.

Pautan Berkaitan

Krisis MCA

8 Mac Hari Malaysia Bangun

Renungan Jamaluddin Ibrahim

Sunday, April 18, 2010

8 Mac Hari Malaysia Bangun

8 Mac Hari Malaysia Bangun
Disebabkab fobia politik yang amat serius, saya benar-benar tidak tahu apa-apa mengenai politik. Setelah membaca "8 Mac Hari Malaysia Bangun", saya baru sedar apa yang berhubung dengan 8 Mac tsunami politik di Malaysia.


"8 Mac Hari Malaysia Bangun" diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions. Kee Thuan Chye merupakan editor buku ini. Beliau seorang wartawan, penyair dan pelakon yang terkenal. Buku ini terdiri daripada dua bahagian : (1) Perubahan dan (2) Harapan. Terdapat lebih daripada 30 buah artikel yang mengagumkan dalam buku ini.


Saya membaca "8 Mac Hari Malaysia Bangun" kerana membaca ialah hobi saya. Semoga, tidak memutarbelitkan minat membaca saya.

Pautan Berkaitan.

Krisis MCA

Bergerak Ke Depan

Renungan Jamaluddin Ibrahim

Wednesday, April 14, 2010

Pasar Awam Merlimau

Pasar Awam Merlimau
Pasar awam Merlimau terletak di Jalan Jasin Pekan Merlimau. Pasar ini membekalkan keperluan harian kepada penduduk sekitar Merlimau.

Suasana pasar awam Merlimau pada waktu petang sungguh sunyi. Tiada pelanggan dan rak makanan pun ternampak kosong. Oleh kerana itu, anda harus pergi ke pasar awal pagi.

Pasar Awam Merlimau
Encik Ouyang menguruskan perniagaan perikanan di pasar awam Merlimau. Terdapat bekalan perikanan segar setiap hari di pasar ini. Anda boleh membeli hasil laut segar di sini dengan harga yang berpatutan.

Pasar Awam Merlimau
Lelaki Melayu yang ramah ini tidak berhenti-henti bercakap dengan saya. Saya terpaksa mendengar rungutan beliau.

Pasar Awam Merlimau
Wanita India ini ialah pemilik gerai sayur. Beliau menjual pelbagai sayur yang terdapat di Malaysia.

Pasar Awam Merlimau
Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum. Bangsa berlainan mencari nafkah di bawah satu bumbung yang sama dengan harmoni.

Pautan Berkaitan
Pasar Malam Merlimau

Kolej Komuniti Merlimau

Rumah Penghulu Merlimau
Makam Tun Teja Merlimau

Saturday, April 10, 2010

Pasar Malam Merlimau

Merlimau

Pasar malam Merlimau terletak di Kawasan Industri Merlimau. Penduduk-penduduk sekitar Merlimau gemar berkunjung pasar malam Merlimau kerana barang yang dijual tidak mahal.

Mulai pukul 4 petang stiap hari Jumaat, penjaja dari merata tempat berkumpul di pasar malam Merlimau. Mereka membekalkan pelbagai barang termasuk pakaian, makanan, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan ringan dan barang keperluan harian.


Merlimau

Apabila malam tiba, pasar malam Merlimau penuh sesak dengan pengunjung daripada pelbagai bangsa di Malaysia. Suasana di pasar malam Merlimau sungguh hiruk-pikuk. Terdapat suara tawar-menawar yang tidak berhenti-henti di seluruh pasar malam Marlimau.

Pasar malam Merlimau serupa dengan pusat membeli-belah setempat. Anda boleh memperolehi kebanyakan barang yang anda perlukan di sini dengan harga berpatutan.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Rumah Penghulu Merlimau
Makam Tun Teja Merlimau

Tuesday, April 6, 2010

Menghadiri Konvokesyen Anak Di Hotel Shangri-La

Hotel Shangri-la

Saya bersama isteri telah berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Mac. Kebetulan MCA mengadakan pemilihan semula kepimpinan parti pada hari itu.

Saya memang bukan ahli MCA, jadi lawatan saya ke Kuala Lumpur tiada kaitan dengan pengundian semula MCA. Sebenarnya, kami pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri konvokesyen anak di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.


Konvokesyen UWE Bristol

Upacara penyampaian ijazah telah diadakan di The University of the West of England, Bristol pada tahun lepas. Saya tidak mampu membeli tiket kapal terbang untuk pergi ke United Kingdom kerana kekurangan wang.

Mujurnya, The University of the West of England mengelola majlis tersebut sekali lagi di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur. Kalau tidak, kami tidak berpeluang menghadiri konvokesyen anak kami.


Bukit Bintang

Kami telah tinggal di desa selama puluhan tahun dan tidak biasa dengan kehidupan kota raya. Semasa berada di Kuala Lumpur, kami sungguh kagum terhadap kesibukan jalan raya dan pencakar langit.

Plaza Low Yat

Sebelum balik, kami menziarahi Plaza Low Yat dan Berjaya Times Square. Kami terpaksa tinggalkan Plaza Low Yat kerana kesesakan pengunjung dan menerus ke Berjaya Times Square. Barangan di Berjaya Times Square terlalu mahal. Kami hanya window shopping dan menikmati kedinginan penyaman udara dalam Berjaya Times square.

Pautan Berkaitan
Bilik Pameran Dapur

Peminat Muda Michael Jackson

Menikmati Teh Dari United Kingdom


Sunday, April 4, 2010

Ma Ci Berserbuk Kacang Merah Korea Selatan

Ma Ci Korea SelatanMa ci ialah makanan tradisional orang Cina. Orang Cina yang berumur serupa dengan saya mungkin pernah makan ma ci.

Saya telah cuba ma ci yang berlumuran dengan cencangan kacang tanah semasa budak. Selepas makan ma ci, jerawat akan tumbuh di seluruh muka. Itulah sebabnya saya tidak suka makan ma ci walaupun rasanya enak.

Ma Ci Korea Selatan
Ma ci yang saya makan pada masa kecil tidak berinti tetapi ma ci Korea Selatan berinti kacang hijau. Bahan-bahan membuat ma ci Korea Selatan termasuk beras pulut, kacang hijau dan kacang merah.

Membalut kacang hijau dengan beras pulut dan kukus hingga masak. Setelah dikukus, letak ma ci ke dalam dulang mengandungi serbuk kacang merah dan kacau dengan betul-betul.

Berdasarkan maklumat anak saya, Orang Korea Selatan memberi ma ci kepada rakan sekerja dan jiran ketika mereka dinaik pangkat atau pindah ke rumah baru. Mereka berharap dapat merapatkan hubungan dengan rakan sejawat dan tetangg. Ini sama dengan orang Cina makan nian gao pada Tahun Baru Lunar.

Pautan Berkaitan
Pai Keju Korea Selatan
Teh Hijau Korea Selatan

Teh Ginseng Korea Selatan