Wednesday, March 31, 2010

Gula-Gula Ginseng Korea Selatan

Gula-Gula Ginseng
Anak saya balik dari Korea Selatan untuk menyumbut Tahun Baru Cina. Selain membeli teh hijau dan pai keju, dia juga membawa balik gula-gula ginseng.

Saya tidak sukan makan gula-gula ginseng kerana rasanya pahit. Saya hanya makan sedikit sahaja. Isteri saya memberi gula-gula ginseng itu kepada kawan-kawannya. Semasa berkunjung ke Korea Selatan, saya telah membeli pati ginseng dan teh ginseng tetapi tidak membeli gula-gula ginseng.

Pautan Berkaitan

Cawan Mini Korea Selatan

Sebagasi Barangan Korea Selatan
Pembuka Sampul Surat Korea Selatan


Friday, March 26, 2010

Pai Keju Korea Selatan

Pai Keju Korea Selatan
Semasa anak saya pulang dari Seoul, dia membeli sebagasi cenderamata dan makanan ringgan Korea Selatan. Pai keju yang terpapar di atas merupakan salah satu makanan ringgan yang dia beli.

Pai Keju Korea Selatan
Pai keju ini sungguh lazat. Bahagian luar ialah lapisan kek yang lembut. Inti pai ialah keju yang harum dan manis.

Pai Coklat Korea Selatan
Ini satu contoh pai yang berlainan. Rasa dan pembungkusannya berbeza dengan pai keju.

Pai Coklat Korea Selatan
Lapisan luar pai ini disaluti dengan coklat dan inti pai diisi dengan krim marshmallow. Pai coklat ini tidak selembut seperti pai keju tetapi mempunyai rasa coklat yang manis.

Pautan Berkaitan
Teh Hijau Korea Selatan
Teh Ginseng Korea Selatan
Pati Ginseng Korea Selatan

Tuesday, March 23, 2010

Pati Ginseng Korea Selatan

Pati Ginseng Korea Selatan
Tidak diragukan bahawa Korea Selatan memang terkenal dengan ginseng. Pati ginseng adalah salah satu produk ginseng. Sekiranya anda melancong di Korea Selatan dengan bantuan pemandu pelancong, anda pasti akan dibawa ke pusat ginseng.

Risalah Pelancongan Korea SelatanRisalah Pelancongan Korea Selatan
Berdasarkan risalah-risalah beberapa agensi pelancongan Korea Selatan (Grace Travel, M.Club Travel dan Cosmojin Travel Service.), melawat pusat ginseng adalah termasuk dalam jadual pelancongan mereka. Langkah ini adalah bertujuan untuk mempromosikan populariti ginseng di Korea Selatan.

Pati Ginseng Korea SelatanMenyediakan minuman pati ginseng mudah sahaja. Menambah satu sudu (Susu yang terpapar dalam gambar di atas) pati ginseng untuk 100 ml air suam. Anda boleh menambah lebih banyak air untuk mencairkan larutan itu. Sedikit madu juga boleh ditambahkan untuk memaniskan minuman.

Pautan Berkaitan

Teh Hijau Korea Selatan

Cawan Mini Korea Selatan

Pembuka Sampul Surat Korea Selatan

Saturday, March 20, 2010

Teh Ginseng Korea Selatan

Teh Ginseng Korea Selatan
Ginseng telah menjadi sejenis herba yang popular kerana dapat menyihatkan badan. Terdapat pelbagai kebaikan ginseng seperti anti penuaan, melindungi hati, menyegarkan otak dan meningkatkan edaran darah.

Teh Ginseng Korea Selatan
Oleh kerana ginseng mempunyai begitu banyak kebaikan terhadap kesihatan, Orang Korea Selatan yang bijak telah menghasilkan pelbagai bentuk produk ginseng. Teh ginseng adalah satu daripada produk ginseng.

Kotak teh ginseng yang saya membeli dipek dengan 30 bungkus kecil. Setiap bungkus kecil beratnya 3 gram. Teh ginseng dalam bungkusan berbentuk zarah kecil. Ia boleh dihidang sebagai minuman harian. Minum teh ginseng selepas bekerja keras, anda akan menjadi segar.

Teh Ginseng Korea Selatan
Menyediakan minuman teh ginseng amat mudah, menambah 50 ml air panas untuk sebungkus teh ginseng. Rasa minuman sedikit pahit. Sekiranya anda tidak suka rasa pahit, boleh tambah jumlah gula atau merdu yang sesuai.

Pautan Berkaitan
Teh Hijau Korea Selatan
Cawan Mini Korea Selatan
Pembuka Sampul Surat Korea Selatan

Tuesday, March 16, 2010

Cawan Mini Korea Selatan

Semasa berkunjung ke Korea Selatan, saya telah membeli beberapa cenderamata yang cantik tetapi tidak mahal. Cawan mini terpapar di atas merupakan salah satu cenderamata saya beli.

Satu set cawan mini (lima biji) berharga 2000 Won. Cawan mini dapat dibeli di Doosan Tower Shopping Mall yang terletak di Dongdaemun, Seoul.

Cawan mini boleh digunakan sebagai bekas minuman. Terdapat lukisan yang membayangkan aktiviti kebudayaan Korea Selatan di luar cawan mini.

Pautan Berkaitan
Pembuka Sampul Surat Korea Selatan

Gelang Tangan Amethyst Korea Selatan
Barang Hiasan Telefon Bimbit Korea Selatan

Monday, March 8, 2010

Teh Hijau Korea Selatan

Teh Hijau Korea Selatan
Semasa anak saya kembali dari Korea Selatan, dia membeli sebagasi barangan Korea Selatan. Teh hijau Korea Selatan merupakan salah satu pembeliannya.

Sebelum ini, saya telah menulis sebuah artikel mengenai teh United Kingdom. Kini pula, saya akan memperkenalkan teh hijau Korea Selatan.

Teh Hijau Korea Selatan
Walaupun kedua-dua teh hijau dan teh hitam ialah minuman tetapi rasanya berbeza. Teh hitam seperti wanita cantik yang bersolek. Manakala teh hijau macam gadis remaja yang mempunyai kejelitaan semula jadi.

Yang mana teh lebih sedap adalah berdasarkan cita rasa peribadi. Saya menghayati wanita cantik dan gadis remaja. Oleh itu, saya gemar minum teh hijau dan teh hitam.

Pautan Berkaitan

Istana Deoksu Korea Selatan

Membeli Belah Di Korea Selatan

Stadium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul


Monday, March 1, 2010

Simpul Tali Berwarna-Warni Korea Selatan

Simpul Tali Berwarna-Warni Korea Selatan
Anak saya membeli beberapa makanan ringan dan cenderamata Korea Selatan semasa dia balik dari Seoul. Simpul tali berwarna-warni terpapar di atas adalah salah satu cenderamata yang dia beli untuk saya.

Simpul Tali Berwarna-Warni Korea Selatan
Mungkin anda tahu mengenai simpul tali Cina tetapi tidak pernah melihat simpul tali Korea Selatan. Kedua-dua simpul tali menggunakan tali berwarna-warni untuk mengait benda-benda terdapat di kalangan rakyat. Simpul tali berwarna-warni sesuai untuk digunakan sebagai hiasan.

Pautan Berkaitan
Gelang Tangan Amethyst Korea Selatan

Mangkuk Dan Penyepit Keluli Korea Selatan

Barang Hiasan Telefon Bimbit Korea Selatan