Sunday, February 21, 2010

Tetamu Khas Tahun Baru Cina 2010

Gadis Melayu
Gambar di atas menunjukkan tiga orang gadis bangsa Melayu. Mereka ialah rakan sekerja isteri saya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang amat unik. Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai adat resam berlainan. Walaupun terdapat banyak perbezaan, rakyat Malaysia saling mengunjung pada hari perayaan.

Tidak dinafikan bahawa ziarah menziarah dapat mengeratkan hubungan. Oleh sebab itu, melawat saudara-mara dan teman-teman pada hari tertentu untuk mengujudkan perpaduan di antara rakyat Malaysia.

Pautan Berkaitan :
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Pasar Makanan Ramadan Merlimau
Perayaan Hari Kanak-Kanak Di Malaysia


Friday, February 19, 2010

Pertemuan Semula Rakan-Rakan Sekelas Yok Bin 72

Yok Bin 72
Pada hari ketiga Tahun Baru China, saya telah menghadiri satu makan malam bersama dengan rakan-rakan sekelas di Malacca Holiday Inn Straits Restaurant. Kami telah berpisah semenjak tahun 1972.

Yok Bin 72
Sudah melebihi 30 tahun sejak kami menamatkan pelajaran sekolah menengah. Saya tidak pernah memikirkan bahawa saya akan bertemu mereka lagi. Ia sebenarnya tidak diduga.

Yok Bin 72
Teman-teman sekelas yang muncul pada malam itu telah berjaya dalam kerjaya mereka.

Yok Bin 72
Saudara Tan Eng Sun telah menyediakan satu blog untuk kami berkomunikasi. Jangan ragu untuk mengunjungi.

Pautan Berkaitan
Pasar Makanan Ramadan Merlimau
Perayaan Hari Kanak-Kanak Di Malaysia

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010


Tuesday, February 16, 2010

Sebagasi Barangan Korea Selatan

Anak saya yang bermastautin di Korea Selatan kembali untuk menyambut Tahun Baru Harimau.

Seperti tahun-tahun lepas, dia membawa balik satu bagasi barangan Korea Selatan. Barangan itu termasuk makanan ringan, rumpai laut, minuman, mi segera, pati ginseng dan cenderamata.

Saya akan memperkenalkan semua barang ini satu demi satu. Sekiranya anda berminat, sila memperhatikan artikel saya yang akan datang.

Pautan Berkaitan

Istana Deoksu Korea Selatan

Membeli Belah Di Korea Selatan

Stadium Piala Dunia Fifa 2002 Seoul


Friday, February 5, 2010

Mangkuk Dan Penyepit Keluli Korea Selatan

Mangkuk Dan Penyepit Keluli Korea Selatan
Gambar terpapar di atas merupakan mangkuk dan penyepit keluli Korea Selatan. Mangkuk keluli ini tidak mahal, tiga biji berharga 5000Won. Oleh kerana mangkuk keluli ini mempunyai banyak kegunaan, isteri saya sungguh menggemarinya.

Semasa melancong ke Korea Selatan, kami telah membeli agak banyak makanan ringan dan cenderamata. Kami tidak membeli mangkuk dan penyepit keluli ini. Isteri saya amat menyesal dan memesan anak membeli mangkuk dan penyepit keluli tersebut ketika kembali dari Korea Selatan.

Mangkuk Dan Penyepit Keluli Korea Selatan
Mangkuk keluli dengan penutup boleh diguna untuk mengisi pelbagai barang termasuk nasi, sup, sajian, kek, kuih-muih, buah-buahan, pencuci mulut dan makanan ringan. Walaupun penyepit keluli telah diguna beberapa tahun, ia masih bersinar seperti baru dibeli.

Pautan Berkaitan

Pembuka Sampul Surat Korea Selatan

Gelang Kunci Pulau Jeju Korea Selatan

Gelang Tangan Amethyst Korea Selatan


Monday, February 1, 2010

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010
Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka Ke-2 selama dua hari (30/01/2010 hingga 31/01/2010) telah berjaya diadakan di Kota Laksamana, Melaka. Kelab Layang-Layang Semenanjung Malaysia merupakan penganjur pesta meriah ini.

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010
Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka Ke-2 mendapat sambutan menggalakkan. Sebanyak puluhan peminat layang-layang tempatan dan luar negara menyertai temasya ini. Menurut maklumat yang tercatat dalam risalah pesta tersebut, negara dan daerah yang mengambil bahagian termasuk Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Macau, Taiwan, Vietnam, China, Indonesia, India dan Austria.

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2010
Terdapat aneka bentuk layang-layang diterbangkan oleh pelayang-pelayang. Orang ramai yang turut serta terhibur dengan pelbagai corak layang-layang yang ditunjukkan.

Pautan Berkaitan :
Pasar Makanan Ramadan Merlimau

India Kecil Melaka--Jalan Bendahara

Perayaan Hari Kanak-Kanak Di Malaysia