Monday, September 13, 2010

Guimenguan Melaka (Pintu Masuk Neraka)

Guimenguan Melaka
Guimenguan (Lorong Jambatan) merupakan satu lorong di kota Melaka. Guimenguan bermaksud pintu masuk neraka dalam bahasa Cina. Sebenarnya ia sebatang jalan pintas dari Jalan Bunga Raya ke Jalan Kampung Pantai. Bukan semua orang Melaka tahu bahawa lorong yang pendek dan sempit itu ialah Guimenguan.

Guimenguan Melaka
Walaupun Guimenguan telah mengalami banyak perubahan, terdapat beberapa buah kedai masih beroperasi. Kedai ini membekalkan barangan nenek. Acuan kek dan bakul buluh nyonya digantung di hadapan kedai. Banyak barangan lama dijual di sini.

Guimenguan Melaka
Wah Nam Baru ialah satu lagi kedai yang masih berniaga di Guimenguan. Kedai ini pakar dalam membingkai photo, memotong kaca berwarna dan membuat kaca tanda kedai.

Guimenguan Melaka
Jambatan Kampung Jawa menghubungkan Jalan Jawa dan Guimenguan. Jika anda ingin ke Jalan Kampung Pantai dari Jalan Bunga Raya, anda harus belok ke Jalan Jawa dan melintas Jambatan Kampung Jawa.

Pada zaman dahulu, tebing Sungai Melaka berhampiran Jalan Kampung Pantai ialah jeti yang sibuk. Kebanyakan orang Cina berasal dari Cina menetap di sana. Mereka pergi ke Jalan Jawa untuk berseronok pada masa lapang.

Guimenguan Melaka
Pada masa itu, terdapat banyak rumah pelacuran, kedai candu dan tempat perjudian di sepanjang Jalan Jawa. Penagih dadah, kaki judi kecewa dan pesakit penyakit kelamin membunuh diri dengan terjun ke Sungai Melaka. Itulah mengapa jambatan ini juga dikenali sebagai "Nai He Qiao" yang bererti "Jambatan ke Neraka".

Berkunjung ke Guimenguan seperti membaca sebuah buku sejarah Melaka.

Pautan Berkaitan
Zoo Melaka
Kincir Angin Belanda Melaka
Pusat Informasi Pelancongan Melaka

No comments:

Post a Comment

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.