Monday, December 28, 2009

Kelakuan Yang Memalukan

Saya dan keluarga melancong ke Perth, Australia Barat pada 2002. Semasa berada di Perth, kami menaiki teksi berulang-alik ke pusat beli-belah yang terletak di Murray Street dan Hay Street. Tambang teksi yang kami membayar bagi setiap perjalanan itu lebih kurang sama. Kedaan ini membuktikan bahawa pemandu teksi Perth tidak menuntut tambang yang tidak berpatutan. Kejujuran mereka patut disanjung tinggi.

Tiga tahun kemudian ia-itu pada 2005, kami pula melancong ke Korea Selatan sambil menziarahi anak yang bermastautin di Seoul. Dengan bantuan pengurus hotel, kami dapat menaiki teksi ke tempat kediaman anak pada larut malam. Kami membayar tambang teksi yang sama untuk pergi dan balik. Saya amat bersyukur kepada pengurus hotel dan pemandu teksi Korea Selatan yang berdedikasi.

Bagaimana perkhidmatan pemandu teksi Malaysia pula?

Sering menaiki teksi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, perjalanan yang memerlukan tambang RM10 diminta membayar RM50. Terdapat banyak pemandu teksi enggan menggunakan meter dan menolak menghantar penumpang ke tempat tertentu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dautk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menuduhkan perkhidmatan teksi sebagai tandas awam.


Pada 2008, saya bersama isteri berkunjung ke Singapura. Kami sesat jalan manakala ke Marina Square dan menyemak peta di persimpangan jalan. Seorang Singapura yang lalu menghulurkan bantuan kepada kami.


Sekiranya menanya arah di kota raya di Malaysia, jangan harap dapat layanan. Sikap kedinginan orang ramai di kota raya mungkin disebabakn oleh situasi jenayah yang menakutkan. Penghuni kota raya sentiasa berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali.


Dilayan dengan sopan di negara asing tetapi menghadapi kehampaan di negara sendiri, saya sungguh segan berhubung dengan tingkah laku orang Malaysia yang mengecewakan itu.

Tuesday, December 22, 2009

Perarakan Hari Natal Perth

Perarakan Hari Natal Perth
Saya dan keluarga melancong ke Australia Barat pada 2002. Semasa berada di Australia, kami berpeluang menyaksikan perarakan hari Natal di Perth.

Pada petang hari itu, kami pergi ke Murray Street Mall dan Hay Street Mall untuk membeli belah. Walaupun perarakan tersebut bermula pada pukul 7 malam, mulai pukul 2 petang orang ramai berpusu-pusu ke pusat bandar Perth. Setelah membeli hamburger dan minuman tin, kami beredar ke kaki lima pusat beli belah untuk mencari tempat yang mempunyai pandangan baik. Sememtara menunggu perarakan bermula, kami menikmati hamburger Perth di kaki lima pusat beli belah.


Perarakan Hari Natal Perth
Pada waktu senja, sepanjang kedua-dua belah jalan telah penuh sesak dengan orang ramai. Mereka menunggu ketibaan pasukan perarakan dengan sabar dan tidak merebut-rebut. Saya sungguh kagum terhadap penduduk Perth yang amat berdisiplin. Tiba-tiba terdengar sorak-sorai dari jauh, pasukan perarakan yang ditunggu-tunggukan itu akhirnya pun muncul. Kereta yang dihiasi dengan lampu terang-benderang bergerak dari jauh ke dekat. Para pelancong dan pendudukan Perth bersenang-senang dalam suasana Krismas.

Apabila perarakan berakhir, Perth kembali sunyi seperti biasa. Dalam perjalanan pulang ke Hotel, kami mendapati bahawa tiada sampah sarap di sepanjang jalan. Keadaan ini menggambarkan penduduk Perth sangat mencintai kebersihan tempat kediaman mereka.

Pautan berkaitan
Video Perarakan Hari Natal Perth (1)
Video Perarakan Hari Natal Perth (2)

Saturday, December 12, 2009

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

2010 FIFA
Majlis cabutan telah diadakan di Cape Town, Afrika Selatan untuk menentukan 8 kumpulan bagi 32 pasukan yang berjaya ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010.

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 akan membuka tirai pada 11 Jun tahun depan di Afrika Selatan. Mexico dari Amerika Tengah akan mencabar tuan rumah ia-itu Afrika Selatan pada perlawanan pembukaan.

Perancis sungguh bernasib baik kerana bersama kumpulan dengan Afrika Selatan yang merupakan pasukan pilihan beranking paling rendah. Selain itu, England, Jerman dan Argentina juga bertuah berada di bahagian atas. Mereka tidak perlu bertemu dengan pasukan hebat yang terletak di bahagian bawah seperti Brazil, Portugal, Sepanyol, Itali dan Belanda sebelum separuh akhir.


Oleh kerana saya sudah bersara, saya boleh menyaksi siaran langsung Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia yang bertaraf dunia hingga larut malam. Saya meramal bahawa pasukan yang berpeluang menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 termasuk Sepanyol, England, Brazil, Itali dan Agentina.


Saturday, December 5, 2009

Pembuka Sampul Surat Korea Selatan

Pada Disember tahun lalu, anak saya kembali dari Korea Selatan. Dia membawa balik sebuah bagasi penuh dengan makanan ringan dan cenderamata. Pembuka sampul surat ini merupakan salah satu hadiah yang anak saya membeli untuk saya.

Pembuka sampul surat yang berbentuk pedang ini dibuat daripada gangsa dan diukir dengan kata-kata Korea di permukaannya. Terdapat sebiji loceng dan sepasang itik mandarin tergantung pada pemegang pembuka sampul surat ini sebagai penghiasan. Selain diguna untuk membuka surat, ia juga boleh diguna sebagai penanda buku dan pisau untuk memotong kertas.

Saya sungguh menghargai pembuka sampul surat pelbagai kegunaan yang comel dan cantik ini.

Pautan berkenaan

Musim Luruh Korea Selatan
Membeli Belah Di Korea Selatan
Imformasi Melancong di Korea Selatan