Sunday, November 15, 2009

Renungan Jamaluddin Ibrahim

Jamaluddin IbrahimHasil karya Jamaluddin Ibrahim yang lama ditunggu-tunggu itu telah diterbitkan. Dalam saat-saat awal, saya membeli buku ini dan membaca dengan puasnya. Jamaluddin Ibrahim yang fasih dalam Bahasa Cina merupakan penganalisa politik terkenal di masyarakat Cina Malaysia. Selain itu, beliau juga seorang DJ Radio 988 yang amat digemari peminat.

"Renungan Jamaluddin Ibrahim" dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah wawancara antara beliau dengan tokoh-tokoh politik Malaysia yang memainkan peranan penting di arena politik Malaysia. Bahagian kedua pula ialah komen politik beliau terhadap skandal rasuah dan politik wang yang wujud di Malaysia.

Tetamu wawancara Jamaluddin Ibrahim termasuk pemimpin Barisan National dan pemimpin parti pembangkang, kecuali pucuk pimpinan UMNO yang menjadi teraju Kerajaan Barisan National Malaysia. Jika tidak, "Renungan Jamaluddin Ibrahim" akan menjadi sebuah buku analisa politik Malaysia yang sempurna.

Di antara tetamu wawancara Jamaluddin Ibrahim ialah Presiden MCA (Parti Komponen BN) Datuk Seri Ong Tee Keat, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, AJK MCA Donald Lim ( Bekas Naib Presiden MCA), Ahli Exco Negeri Selangor Teresa Kok (Setiausaha Pengorganisasian National DAP), Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP), Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng (DAP), Ahli Parlimen Batu Tian Chua (Parti Keadilan Rakyat) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad (Parti Islam SeMalaysia).

Terdapat lebih daripada 20 buah komen politik di "Renungan Jamaluddin Ibrahim". Setiap komen politik itu mendedahkan wajah jelik ahli politik yang terlibat dalam skandal rasuah dan politik wang di Malaysia. Hasil karya Jamaluddin Ibrahim telah disiarkan di media cetak Malaysia seperti China Press, Sin Chew Daily dan Oriental Daily sebelum dijilid menjadi buku.

Sunday, November 8, 2009

Malaysia Bergerak Ke Depan

Malaysia Bergerak Ke Depan
Setelah menulis dua buah artikel berturut-turut berhubung dengan buku politik Malaysia ia-itu "Surat-Surat Dr. Mahathir Yang Terpilih Kepada Pemimpin-Pemimpin Dunia" dan "Krisis MCA Dan Ujian Prinsip Demokrasi", kini saya akan memperkenalkan sebuah buku yang dihasilkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang terbaru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Bergerak Ke Depan" mengandungi 20 buah ucapan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa beliau diberi mandat menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Pidato tersebut menggambarkan kaazaman Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mencapaikan ideologi 1 Malaysia yang di utarakan oleh beliau. Di samping itu, beliau juga bertungkus-lumus untuk memperkukuhkan perhubungan antara Malaysia dan Republik Rakyat China serta mengambil berat isu-isu yang mempengaruhi kestabilan dan perkembangan Asia Timur.

"Bergerak Ke Depan" merupakan sebuah cetakan dwi-bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina). Buku ini diterbit oleh MPH Group Publishing Sdn Bhd, disunting oleh Datuk Abdul Majid dan diterjemah oleh Encik Chen Song ( Penolong Setiausaha Agung Persatuan Persahabatan Malaysia dan Republik Rakyat China).

Dengan membaca buku ini, anda akan mengetahui hasrat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mengeratkan perhubungan rakyat Malaysia supaya kemakurkan dan keamaan negara kekal abadi.