Saturday, August 22, 2009

Makam Tun Teja

Makam Tun TejaSetelah mengepos dua artikel tentang Kolej Komuniti Merlimau dan Rumah Penghulu Merlimau, saya akan menulis berhubung dengan Makam Tun Teja. Terletak tidak jauh dari Rumah Penghulu Merlimau, Makam Tun Teja hanya 5 minit memandu dari pekan Merlimau.

Makam Tun TejaSiapakah Tun Teja ? Sejauh yang saya tahu terdapat dua versi catatan berkenaan Tun Teja. Catatan tersebut ialah "Hikayat Hang Tuah" dan "Sejarah Melayu". Tun Teja merupakan anak perempuan Bendahara, Sri Amar Diraja dari Pahang pada abad ke-15. Pada awalnya, Tun Teja ditunang kepada Sultan Pahang tetapi akhirnya bernikah dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah.

Semasa berundur bersama Sultan Mahmud Syah dari serangan Portugis pada tahun 1511, Tun Teja meninggal dunia di Merlimau dalam perjalanan ke Bentayan, Muar. Tun Teja telah dimakamkan di bendang di Merlimau Pantai.

Friday, August 21, 2009

Rumah Penghulu Merlimau

Rumah Penghulu Merlimau Rumah Penghulu Merlimau yang tersendiri mempersonakan pekan Merlimau di Melaka. Merlimau merupakan sebuah pekan kecil di Daerah Jasin, Melaka. Jarak Merlimau dari bandar Melaka sejauh 24 km. Jika anda bertolak dari bandar Melaka melalui Jalan AMJ, lebih kurang 20 minit akan tiba ke Merlimau.

Rumah Penghulu Merlimau Rumah Penghulu Merlimau terletak dalam jarak berjalan kaki dari pekan Merlimau. Rumah yang khusus ini telah dibina oleh Penghulu Merlimau Abdul Ghani pada tahun 1894. Abdul Ghani berminat dalam seni bina. Beliau bersepadukan gaya seni bina abad ke-19 dari Semenanjung Melayu, Cina dan Eropah untuk membina tempat tinggalnya yang unik. Minat beliau dalam seni bina telah membolehkan orang sekarang mempunyai kesempatan untuk menyaksikan warisan budaya ini.

Rumah Penghulu MerlimauPenampilan luar Rumah Penghulu Merlimau tidak berbeza dengan rumah Melayu tradisi yang lain. Sekiranya anda meneliti dari dekat, Rumah Penghulu Merlimau memang luar biasa. Terutama ubin seramik yang terdapat ditangga semen di depan Rumah Penghulu Merlimau.

Rumah Penghulu MerlimauDi samping tangga semen berubin seramik itu, Rumah Penghulu Merlimau juga mempunyai hiasan ukiran pada pilar, jendela dan pintu. Semasa saya melawat ke Rumah Penghulu Merlimau, tiada orang berada di rumah tersebut. Jika tidak, saya akan mengambil foto di bahagian dalam Rumah Penghulu Merlimau untuk tatapan anda.

Apabila Melaka memperolehi status Warisan Dunia, Lembaga Warisan Budaya Malaysia serta merta meluluskan peruntukan bertujuan membaik pulih Rumah Penghulu Merlimau yang telah usang.


Tidak dapat dinafikan bahawa Rumah Penghulu Merlimau ialah bangunan yang paling sesuai untuk menyelidik bangunan Melayu tradisi. Diharap pihak berkuasa dan keturuan Abdul Ghani dapat melindungi Rumah Penghulu Merlimau yang berstatus warisan budaya dunia.