Sunday, June 28, 2009

Peminat Muda Michael Jackson

Jing Hao
Gambar ini mengenai sebuah artikel yang dihasilkan oleh saya pada 1985. Artikel ini berhubung dengan anak saya yang merupakan seorang peminat muda seniman terkenal Michael Jackson.

Walaupun anak saya yang bernama Hao Hao masih kecil pada 1985 tetapi dia sungguh beraliran baru. Saya tidak bercakap besar kerana mempunyai bukti. Pada suatu hari, Hao Hao kata, "Ayah, Michael Jackson, Beat It! Beat It!" Saya kagum terhadap Hao Hao kerana usianya hanya 19 bulan. Sebenarnya, Hao Hao telah mendengar lagu tersebut di rumah penjaga bayi berulang kali dan biasa dengan iramanya.

Saya menulis post ini untuk mengimbas kembali detik manis bersama dengan keluarga saya sempena mengenang seniman terunggul Michael Jackson yang meninggal dunia baru-baru ini.

Friday, June 12, 2009

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Melaka 2009(3)

Pertandingan Bercerita Bahasa InggerisIni ialah artikel terakhir berhubung dengan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka. Article pertama dan kedua telah dipost pada 9 June dan 11 June.
Pertandingan tersebut telah diadakan dengan berjaya pada 28/04/2009 di auditorium Kolej Komuniti Merlimau, Melaka. Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Umbai, Merlimau, Melaka merupakan pihak pengelola pertandingan tersebut.
Berikut ialah maklumat beberapa orang peserta yang mengambil bahagian.
Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Nama : Lim Sim Yee
Sekolah : SK CIJ 2
Cerita : Satu Mata! Dua Mata! Tiga Mata!

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Nama : Charlotte Lee Ruo Qi
Sekolah : SJKC Yok Bin
Cerita : Punchinaro Kamu Istimewa

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Nama : Suganthi
Sekolah : SK Kem Terendak 2
Cerita : Rosie Berusaha Sedaya Upaya

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Nama : Noormaisara
Sekolah : SK Masjid Tanah
Cerita : Janggut Maharaja

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Nama : K. Satiabanu
Sekolah : SJKT Jasin
Cerita : Bunga Mawar Emas

Pautan berkenaan :

Thursday, June 11, 2009

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Melaka 2009(2)


Ini ialah artikel kedua berhubung dengan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan tersebut telah diadakan dengan berjaya pada 28/04/2009 di auditorium Kolej Komuniti Merlimau, Melaka. Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Umbai, Merlimau, Melaka merupakan pihak pengelola pertandingan tersebut.

Seramai 14 buah sekolah rendah di Melaka menyertai pertandingan ini. Berikut ialah maklumat beberapa orang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan.

Nama : Syazana
Sekolah : SJKC Chung Hwa
Cerita : Penebang Kayu Dan Pari-Pari

Nama : Luke Ang Xi Yuen
Sekolah : SJKC Yu Ying
Cerita : Si Monyet Dan Si Katak

Nama : Syafiqah
Sekolah : SK(P)Methodist 1
Cerita : Mak Munah

Nama : Rajaletchumi
Sekolah : SJKT Rumbia
Cerita : Ibu Tiri Kejam

Name : Woon Jia Yi
School : SJKC Bukit Beruang
Story : Pakaian Baru Maharaja


Pautan berkenaan :
Video Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Melaka (1)
Video Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Melaka (2)

Tuesday, June 9, 2009

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Melaka 2009(1)

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka 2009 telah diadakan dengan berjaya pada 28/04/2009 di auditorium Kolej Komuniti Merlimau, Melaka. Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Umbai, Merlimau, Melaka merupakan pihak pengelola pertandingan tersebut.

Seramai 14 buah sekolah rendah di Melaka menyertai pertandingan ini. Berikut ialah maklumat beberapa orang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Peserta yang jelita ini bernama Devaki. Dia mewakili SJKC Merlimau, Melaka. Cerita Devaki bertajuk "Puteri Yang Gemari Menyanyi".

Pertandingan Bercerita Bahasa InggerisWakil SJKC Ting Hwa, Meleka bernama Mirabelle Tan Wei Chi. Para hadirin tertarik oleh cerita Mirabelle Tan Wei Chi yang bertajuk "Gembala yang Jujur".

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
"Pengembaraan Panipa" yang disampaikan oleh Ho Zhuan Rui sungguh menarik. Ho Zhuan Rui bertanding atas tiket SJKC Pay Chiao, Melaka.

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
M. Mirza Ismat Muzamil menyampaikan cerita yang bertajuk "Puteri Burung Tekukur". Persembahan M. Mirza Ismat Muzamil dapat menawan hati panel hakim dan berjaya mendapat tempat kelima.


Friday, June 5, 2009

Kolej Komuniti Merlimau, Melaka.

Kolej Komuniti MerlimauKolej Komuniti Merlimau, Melaka terletak hanya beberapa minit jarak berjalan ke pekan Merlimau. Kolej ini menawarkan pelbagai pengajian untuk pelajar dan ditadbir oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kolej Komuniti MerlimauGambar ini diambil di kantin Kolej Komuniti Merlimau. Gadis yang dalam gambar ialah seorang pelajar Kolej Komuniti Merlimau. Pelajar ini bernama Nurazwin Bt Mohd Razuki. Sebelum bertemu bual dengan Nurazwin, saya ingat dia bos kantin. Menurut Nurazwin, dia seorang pelajar Program Akuantan Dan Pengurusan Perniagaan Kolej Komuniti Merlimau yang sedang menjalankan praktikal di kantin.

Kolej Komuniti MerlimauDi samping menyediakan kursus untuk pelajar, Kolej Komuniti Merlimau juga membekalkan program kepada orang dewasa yang bekerja dan besara. Yuran yang di tetapkan ialah RM5 hingga RM20. Sijil penyertaan akan diberi kepada peserta yang tamat latihan. Sila hubung 06-2631616 untuk maklumat selanjutnya.