Thursday, April 30, 2009

 Hotel Regalodge Ipoh


Share

Hotel Regalodge Ipoh

Selepas meninggalkan Penang, kami bertolak ke Ipoh untuk melawat seorang kawan isteri saya. Kami menginap di Hotel Regalodge Ipoh untuk semalam.

Hotel Regalodge terletak di pusat bandar Ipoh. Menginap di Hotel Regalodge merupakan pilihan munasabah sama ada anda bercuti atau bertugas di Ipoh. Terdapat pelbagai makan lazat Ipoh di sekitar Hotel Regalodge. Anda boleh membeli belah dengan puasnya kerana Ipoh Parade, Memory Lane Bazaar, Greentown shops and Jusco Kinta City tidak jauh dari Hotel Regalodge. Pusat perdagangan dan kewangan utama Ipoh dalam jarak berjalan kaki dari Hotel Regalodge.

Hotel Regalodge IpohTV LCD

Hotel Regalodge Ipoh Katil Selesa

Hotel Regalodge Ipoh Bilik Air Bersih

Hotel Regalodge IpohCerek Elektrik

Hotel Regalodge ialah sebuah hotel 3 bintang yang ada 86 buah bilik tetamu. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di bilik tetamu termasuk television LCD, penyaman udara, katil selesa, bilik air bersih, cerek elektrik, perkhidmatan internet wifi dan pengering rambut.

Hotel Regalodge mempunyai kemudahan rekreasi seperti spa, gim, jacuzzi dan pusat urut kaki supaya tetamu dapat menenangkan jasmani dan rohani ketika menginap di Hotel Regalodge.


Hotel Regalodge Ipoh

Cafe Angsana menyediakan masakan lazat Malaysia. Kami terpaksa berjamu malam di Cafe Angsana karana hujan lebat pada malam itu. Kami kecewa dengan makanan yang disediakan oleh Cafe Angsana.


Kami akan 100% berpuas hati menginap di Hotel Regalodge jika makanan yang dihidangkan oleh Cafe Angsana itu sungguh enak.


Monday, April 27, 2009

Hotel 4 Bintang Pulau Pinang Yang Teruk


Share

Hotel Berjaya George TownSaya dan isteri pergi ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu majlis perkahwinan anak saudara pada bulan Mac. Saya menempah sebuah bilik hotel sebelum bertolak ke Pulau Pinang. Hotel ini terletak di George Town, Pulau Pinang. Ia adalah sebuah hotel 4 bintang. Saya membayar RM 165 untuk bilik hotel tersebut.

Hotel Berjaya George Town

Apabila tiba di Pulau Pinang, saya menguruskan pendaftaran masuk dengan serta merta. Oleh kerana kami tergesa-gesa bagi mencari lokasi jamuan perkahwinan, kami tidak membawa bagasi ke bilik hotel. Kami balik ke hotel setelah tahu tempat yang mengadakan jamuan malam itu. Kami betul-betul kecewa dengan keadaan bilik hotel yang teruk itu. Kami tidak memintaan untuk menggantikan bilik kerana kami terburu-buru untuk menghadiri jamuan malam.


Kami mendaftar keluar pada pagi keesokan. Hotel ini adalah di bawah penurusan sebuah perbadanan transnasional. saya tidak akan menginap di mana-mana hotel yang diuruskan oleh perbadanan transnasional tersebut pada masa akan datang. Apakah akibat sekiranya seseorang pelancong asing mengalami kejadian yang memalukan ini semasa melancong di Malaysia ?


Sunday, April 26, 2009

Blogger 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak


Share

Najib

Anda telah ketinggalan zaman sekiranya anda bukan seorang penulis blog di Malaysia pada masa kini. Saya bukan cakap besar kerana Perdana Menteri Keempat Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Baru Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kedua-dua mereka adalah penulis blog.


Saya telah menulis sebuah artikel berhubung dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini saya akan menulis tentang Datuk Seri Najib Tun Razak. Blogger 1Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam pada 03/04/2009.


Dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pembebasan 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan membatalkan larangan dua buah penerbitan. Selain itu, beliau juga berjanjin akan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menjadi seorang pemimpin untuk semua rakyat Malaysia.


Sebagai seorang warganegara Malaysia saya amat kagum terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau mendakwa dirinya sebagai perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia. Adakah perdana menteri bekas yang lain hanya pemimpin untuk golongan orang tertentu sahaja?


Friday, April 24, 2009

Blogger Hebat Tun Dr. Mahathir Mohamad


Share

zuiyanhong

Kehidupan selepas persaraan sangat membosankan. Ini merupakan pendapat orang yang bodoh. Mereka seolah-olah hidup untuk bekerja sahaja. Mereka mulai menunggu kematian setelah mereka bersara. Ini sebenarnya tidak munasabah.


Saya mulai menulis blog selepas bersara. Saya menikmati menulis blog dan mengemaskinikan pengetahuan saya melalui hobbi ini. Kebetulan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga seorang penulis blog. Ini membuktikan bahawa seseorang pesara boleh hidup dengan meriah sekiranya ia dapat menggunakan masa dengan bijaksana.

zuiyanhong

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang ahli communiti blog saya di laman web rangkaian sosial--Mybloglog. Saya tidak pernah menjangka yang ini akan berlaku walaupun dalam impianku.


Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Tidak perlu bagi saya bercerita mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad kerana anda boleh melawat blognya dan membaca artikelnya. Satu-satunya perkara yang saya hendak menyentuh di sini adalah berhubung dengan zaman kanak-kanaknya.


Berdasarkan sebuah buku teks Bahasa Cina SRJK (C), Tun Dr Mahathir Mohamad menjual pisang goreng untuk dapat wang sakunya semasa beliau seorang budak. Saya sentiasa mengalakkan pelajar-pelajar untuk berusaha sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dapat mencapai kejayaan cemerlang.


Wednesday, April 1, 2009

Tanah Untuk Dijual Di Muar,Johor. 01


Share

Lot Tanah 4086Lot Tanah 4086Lot Tanah 4086
Tapak Tanah:
Mukim Bandar/Daerah Muar/Negeri Johor
Lot No 4086, Lot Area 1.5277 Hektar
(3 Ekar 3 Rood 04.0000 Pole.)

Tanah yang untuk dijual terletak di Jalan Ismail, Muar, Johor. Tanah rata ini berada di tepi jalan utama. Jaraknya sejauh 2 km dari Bandar Muar dan Jambatan Muar Baru. Keluasan tanah ialah 1.5277 Hektar. Tanah ini sesuai untuk membina rumah kediaman, kilang dan gudang.


Jika anda berminat memiliki hartanah di Muar, sila hubung e-mail ini.