Monday, February 23, 2009

Menikmati Teh Dari United Kingdom

TehSaya sungguh suka minum teh tetapi pendapatan saya terbatas, saya tidak mampu menikmati "high tea" di hotel berbintang lima. Saya hanya berupaya menghirup teh bersama isteri di rumah. Saya terlalu sibuk dengan tugasan sebelum bersara. Oleh sebab itu, saya tidak mempunyai masa untuk menikmati teh kesukaan saya itu. Kini, bersyukurlah saya telah bersara dan berpeluang minum teh pada bila-bila masa.

TehAnak saya pulang dari United Kingdom untuk menyambut Tahun Baru Cina. Ia membeli sekotak teh untuk saya. Rasa teh itu amat bagus. Walaupun Malaysia memiliki kebun teh tetapi mutu teh buatan Malaysia tidak setanding dengan teh yang dibeli oleh anak saya dari United Kingdom.