Sunday, November 23, 2008

Pacuan Kuda Happy Valley Hong Kong

Pacuan Kuda Happy Valley
Gambar ini merupakan gambar Pacuan Kuda Happy Valley Hong Kong. Saya mengambil gambar ini pada tahun 2001 semasa saya melawat ke Hong Kong.
Penghuni Hong Kong masih berpeluang menikmati sukan perlumbaan kuda setelah pemindahan kuasa dari Jajahan British ke China. Pacuan Kuda Happy Valley terletak di Daerah Wan Chai yang penduduknya sangat padat. Kewujudan Pacuan Kuda Happy Valley membuktikan bahawa Kerajaan China menghormati pendapat orang ramai
Di kelilingi bangunan tinggi, Pacuan Kuda Happy Valley sungguh pesona pada waktu malam. Dengan cahaya lampu yang dipancar dari bangunan tinggi dan cahaya bintang langit malam, perlumbaan kuda pada waktu malam amat mengagumkan.
Pacuan Kuda Happy Valley
Kelab Penunggang Kuda Hong Kong yang ditubuhkan di aras dua di Bangunan Pacuan Kuda Happy Valley menyediakan perkhidmatan kepuasaan 100% kepada peminat sukan perlumaan kuda.
Sekiranya anda berminat dengan sukan perlumbaan kuda, ingatlah berkunjung ke Pacuan Kuda Happy Valley untuk mengalami keseronokan sukan tersebut.

Thursday, November 20, 2008

Lan Kwai Fong Hong Kong

Lan Kwai Fong
Ketika kapal terbang mendarat di Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Pulau Lantau, langit Hong Hong sudah mulai gelap.
Kami menaiki bas persiaran yang disediakan oleh syarikat pelancongan ke sebuah restoran dan makan malam di sana. Setelah berpuas makan, kami beralih ke Lan Kwai Fong untuk menerokai tempat hiburan malam yang terkenal di Hong Kong.
Lan Kwai Fong
Lan Kwai Fong merupakan sebuah tempat hiburan malam termoden yang terang benderang sepanjang malam. Persekitaran Lan Kwai Fong sesuai untuk membuat penggambaran filem dan drama televisyen. Anda berpeluang bersua dengan bintang pujaan anda di Lan Kwai Fong jika bernasib baik.
Lembaga Pelancongan Hong Kong bertungkus lumus memperkenalkan Lan Kwai Fong kepada seluruh dunia. Kini, Lan Kwai Fong bukan sahaja sebagai tempat minum serta makan bersama kawan dan berlepak pada waktu malam, ia juga menjadi destinasi yang mesti dilawati pelancong.
Lan Kwai Fong adalah sebatang jalan berbentuk huruf L yang terletak di Daerah Central di Hong Kong. Terdapat banyak pub, restoran dan kelab malam di Lan Kwai Fong. Sebaik saja malam bermula, lampu neon akan menerangi Lan Kwai Fong. Orang ramai berpusu-pusu ke Lan Kwai Fong sepanjang malam. Suasana di Lan Kwai Fong akan menjadikan anda berasa muda.
Oleh kerana Lan Kwai Fong telah menjadi sebutir mutiara, Lembaga Pelancongan Singapura juga klonkan Clarke Quay sebagai Lan Kwai Fong.
Sekiranya anda menggemari hiburan malam, anda harus berkunjung ke Lan Kwai Fong semasa berada di Hong Kong.

Tuesday, November 18, 2008

Mutiara Timur : Hong Kong

Hong Kong
Saya berkunjung ke Hong Kong bersama keluarga saya pada Disember 2001. Lawatan ini merupakan kali pertama saya menaiki kapal terbang ke luar negera.
Sebanyak 10 ribu RM telah dibelanjakan dalam perjalanan ini. Saya sekeluarga sungguh gembira semasa berada di Hong Kong dan membawa balik kenangan yang paling manis.
Hong Kong telah diberi gelaran sebagai "Mutiara Timur". Ia adalah tanah jajahan British semenjak 1842 setelah Perjanjian Nanjing ditandatangani.
Hong Kong telah dikembalikan ke China pada 1997. Sebelum pemindahan kuasa, penghuni Hong Kong amat risau berhubung dengan masa depan mereka. Kerajaan China memberi jaminan bahawa segala keadaan akan dikekalkan.
Kini, kepesonaan Hong Kong masih tidak berubah. Anda boleh menyanyi dan menari seperti dahulu. Anda juga dibenarkan menaruh perlumbaan kuda. Keadaan ini membuktikan bahawa kerajaan China tidak berjanji kosong.
Saya akan memperkenalkan destinasi menarik Hong Kong satu demi satu. Diharap anda bermanfaat dengan membaca rencana saya.

Saturday, November 8, 2008

Sushi Enak Buatan Sendiri

Sushi

Setelah menikmati sushi yang diberi oleh murid, saya mulai suka makan sushi. Saya meminta isteri saya membuat sushi supaya saya dapat makan dengan puasnya.

Isteri saya mendapat senaskah resipi daripada ibu murid itu dan bertanya beliau mengenai cara membuat sushi.


Beras Sumo Calrose

Beras Sumo Calrose

Beras Sumo Calrose

Rumpai Laut

Rumpai Laut

Cuka Sushi

Cuka

Bahan Membuat Sushi

Filamen Ketam, Lobak Merah, Timun Jepun, Telur Goreng

Gambar-gambar di atas merupakan bahan-bahan membuat sushi. Semua bahan membuat sushi ini boleh didapati di bahagian makanan Pasar Raya Jaya Jusco.

Membeli beras dan cuka yang diimport dari Jepun atau Korea Selatan, kalau tidak rasa sushi tidak lazat. Mengguna rumpai laut yang bewarna hijau sebagai pembalut sushi.

Sekiranya anda tidak suka bahan-bahan yang saya cadang itu, anda boleh menggantikan dengan bahan-bahan kegemaran anda.


Cara Membuat Sushi

Menyusun bahan-bahan

Membalut Sushi

Membalut sushi

Merenjis 1/2 cawan cuka ke nasi (3 cawan beras + 6 cawan air) dan mengacau campuran itu. Menebar nasi di atas rumpai laut dengan rata. Menyusun bahan-bahan yang lain seperti dalam gambar.

Apabila siap sedia, bermula membalut sushi menjadi bentuk silinder. Memotong sushi ke ketul yang kecil dan hidang dengan wasabi dan sos sushi.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Thursday, November 6, 2008

KPPK Menjamin Hak Asasi Para Guru Di Malaysia

KPPK

Sebelum bersara, perselisihan selalu berlaku di antara saya dengan ketua jabatan. Kemungkinan pendapat kami tidak sehala.

Berkhidmat sebagai seorang guru berdekad lamanya, saya sentiasa menghadapi masalah yang ditimbulkan olen ketua jabatan.

Saya sungguh bernasib baik kerana segala masalah itu dapat diatasi dengan sokongan yang diberikan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK).


KPPK

Sekiranya saya bukan ahli KPPK, pastilah saya terpaksa mengalami pelbagai kerumitan.

Oleh sebab itu, saya amat bersyukur kepada KPPK yang telah menghulurkan bantuan kepada saya. KPPK merupakan sebuah kesatuan yang menyediakan perlindungan kepada para guru di Malaysia.

"Bersatu teguh bercerai rubuh", menyertailah KPPK kalau anda seorang guru yang berkhidmat di Malaysia untuk menjaminkan hak asasi anda.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong

Wednesday, November 5, 2008

Sushi enak yang mengharukan

Sushi

Saya telah mendidik murid-murid berdekat-dekat lamanya. Guru-guru bermisi membentuk masyarakat akan datang. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru-guru amat penting. Nasib baik kini saya tidak perlu merisaukan masalah ini kerana saya telah bersara.

Beberapa hari yang lepas, seorang murid melawat saya dan membawa bersama sekotak sushi untuk saya. Saya sungguh terharu. Walaupun saya sudah bersara, murid tersebut masih bersyukur kepada saya.

Semasa menjadi seorang guru, saya tidak berniat hidup dengan meawah. Asalkan saya menjalankan tugas dengan baik, jaminan saya sebagai seorang guru tidak akan diabaikan. Sekiranya murid-murid menghargai jasa saya, ini merupakan suatu dorongan kepada saya.

Saturday, November 1, 2008

Perayaan Hari Kanak-Kanak Di Malaysia

Hari Kanak-KanakSekolah rendah di Malaysia menyambut Hari Kanak-Kanak secara meriah pada bulan Oktober setiap tahun. Murid-murid merayakan hari yang istimewa ini dengan gembira bersama guru-guru dan ibu bapa.

Pihak pentakbir sekolah dan guru-guru bermula sibuk berbincang dan merancang perayaan Hari Kanak-kanak pada awal bulan Oktober. Murid-murid pula menunggu ketibaan Hari Kanak-Kanak dengan ghairah

Hari Kanak-Kanak
Hari Kanak-Kanak merupakan suatu pesta paling penting di Malaysia. Murid-murid perempuan memakai dengan secantik-cantiknya dan murid-murid lelaki kelihatan segak dan tampan pada hari itu. Mereka berasa amat riang gembira sepanjang Hari Kanak-Kanak

Perayaan Hari Kanak-Kanak akan tutup tirai setelah persembahan pentas yang menarik itu tamat. Setiap murid pulang ke rumah dengan sebungkus hadiah Hari Kanak-Kanak. Suasana sekolah yang riuh rendah itu akan pulih seperti biasa.