Wednesday, August 20, 2008

Fuwa Sukan Olimpik Beijing 2008

Sukan Olimpik BeijingSukan Olimpik Beijing 2008 yang telah menjadi tumpuan dunia sedang di langsungkan di Beijing, China. Api Olimpik yang melambangkan keamanan dan keharmonian sedunia itu masih bernyala di stadium "Sarang Burung" di Beijing.

Walaupun tidak berpeluang ke Beijing untuk menyaksikan pesta sukan yang terunggul di dunia tetapi saya dapat berkongsi suka dan duka peserta-peserta Sukan Olimpik melalui menonton siaran langsung televisyen.

Fuwa Sukan Olimpik Beijing

Maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 diberi nama Fuwa. Ia terdiri daripada lima anggota yang berwarna biru, hitam, merah, kuning dan hijau. kelima-lima warna ini mewakili lima lingkaran Sukan Olimpik.

Fuwa bermisi menyampaikan informasi kesahabatan, keamanan, keharmonian,s ikap positif dan mencintai alam sekitar kepada kanak-kanak sedunia.

Fuwa mempunyai nama masing-masing, iaitu "Beibei", "Jingjing", "Huanhuan", "Yingying" dan "Nini". Sekiranya mencantumkan semua nama Fuwa, ia akan menjadi "北京欢迎你" yang bermaksud "Selamat Datang Ke Beijing".

Fuwa Jingjing

Fuwa Jingjing

Fuwa HuanhuanFuwa Huanhuan

Fuwa YingyingFuwa Yingying

Saya hanya ada tiga Fuwa iaitu "Jingjing", "Huanhuan" dan "Yingying". Fuwa ini dibeli oleh anak saya semasa ia melawat ke China pada cuti musim panas tahun lepas. Kemungkinan dua Fuwa yang lain itu telah dihadiahkan kepada kawannya.

Wednesday, August 13, 2008

Satu Dunia Satu Impian

Sukan Olimpik BeijingSukan Olimpik Beijing 2008 yang ditungu-tunggu itu akhirnya membuka tirai secara besar-besaran.

Walaupun saya telah bersara tetapi orang rumah masih bertungkus-lumus berkhidmat untuk negara, kalau tidak tentulah saya ke Beijing untuk menyertai temasya yang sungguh meriah itu.

Saya menyandar di kerusi malas untuk menonton siaran langsung upacara pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008 pada pukul 8 malam 8 Ogos.

Bunga api yang terang benderang di langit malam Beijing meluaskan visual dunia dan mengeratkan perhubungan manusia sedunia,

080808 bukan sahaja kebanggaan orang Cina tetapi juga permulaan "Satu Dunia Satu Impian". Semoga semangat Olimpik dikekalkan selama-lamanya demi mengujudkan keamanan dan keharmonian sedunia.

Friday, August 1, 2008

Informasi Melancong di Korea Selatan

Korea Selatan

Melissa yang berasal dari Philippines merancang melawat Korea Selatan pada tahun ini. Beliau bertanya saya berhubung dengan informasi melancong di Korea Selatan.

Korea Selatan merupakan sebuah negara yang mempunyai 4 musim dalam setahun. Kini, Korea Selatan berada dalam musim panas.


Musim Gugur

Sekiranya anda ingin menikmati keindahan pokok dengan daun berwarna-warni, anda patut pergi ke Korea Selatan pada musim gugur. Musim gugur Korea Selatan bermula pada bulan September.

Mt Sorak

Gelanggang ski adalah destinasi yang paling digemari pelancong pada musim sejuk di Korea Selatan. Selain berski, pelancong boleh pergi ke Mt. Sorak yang terletak di timur laut Korea Selatan.

Pemandangan Mt. Sorak pada musim sejuk sungguh mengagumkan. Seluruh Mt. Sorak diliputi salji putih pada musim sejuk.


Mata Air Panas

Ini gambar mata air panas yang terdapat di Mt. Sorak. Suhu pada musim sejuk di Mt. Sorak kurang dari 0°C. Mandi di mata air panas pada musim sejuk memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Sakura

Bunga Sakura berkembang pada musim bunga di Korea Selatan. Perkembangan bunga sakura bergantung kepada suhu sekeliling. Suhu di antara 10°C hingga 20°C sesuai untuk bunga sakura berbunga.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Safari World Korea Selatan
Istana Deoksu Korea Selatan
Dae Jang Geum Theme Park
Istana Gyeongbok Korea Selatan
Membeli Belah Di Korea Selatan