Monday, June 23, 2008

Ekspo Ulang Tahun Ke 95 Pay Fong

Sekolah Menengah Pay Fong

Sekolah Menengah Pay Fong Melaka telah melancarkan suatu ekspo sempena perayaan ulang tahun sekolah ke 95. Pamiran tersebut diadakan di halaman sekolah itu selama 2 hari pada 14 dan 15 Jun.

Sekolah Menangah Pay Fong merupakan satu-satunya sekolah menengah China di Melaka. Sekolah ini ialah sebuah sekolah swasta tanpa menerima sebarang bantuan dari kerajaan Malaysia. Ia telah diasaskan pada tahun 1913.

Sekolah Menengah Pay FongSekolah Menengah Pay Fong

Saya dikagumi kebolehan murid-murid Sekolah Menengah Pay Fong apabila menjejak kaki ke halaman sekolah itu. Para pamiran yang dipamirkan itu amat canggih. Syabas diucap kepada murid-murid Sekolah Menengah Pay Fong.

Saturday, June 21, 2008

Hotel South East Asia Singapura

Hotel South East Asia

Saya melawat Singapura bersama isteri pada bulan Mei. Kami menginap di sebuah hotel di Waterloo, Singapura. Hotel tersebut ialah Hotel South East Asia.

Lokasi Hotel South East Asia amat unggul kerana berada di pusat bandar Singapura. Cara untuk pergi ke Hotel South East Asia mudah sahaja. Sama ada boleh menaiki bas, taxi atau MRT. Stesen MRT Bugis hanya beberapa minit jarak berjalan ke Hotel South East Asia.

Terdapat banyak pusat membeli-belah dan tempat tarik pelancong berhampiran dengan Hotel South East Asia. Bazar Bugis dan Bujis Junction yang paling digemari pelancong tidak jauh dari Hotel South East Asia.

Hotel South East AsiaBangunan di sebelah Hotel South East Asia ialah Tokong Guan Yin (Goddess Of Mercy) yang terkenal di Singapura. Tokong Guan Yin dibanjiri penganut Guan Yin tiap-tiap hari

Colok, bunga segar dan buah-buahan untuk sembahyang boleh dibeli dari gerai-gerai di sekitar kawasan depan Tokong Guan Yin. Suasana di sana sentiasa riuh rendah teruatma pada waktu pagi.

Saturday, June 7, 2008

Qu Yuan Berada Di Singapura

Qu Yuan Waterloo merupakan sebatang jalan di Singapura,Encik Qu Yuan pula ialah seorang pegawai Maharaja Chu pada zaman Zhan Guo (403BC--221BC).

Bagaimana orang zaman purba melawat ke Singapura pada zaman kini ?

Adakah ini cerita siri drama televisyen ?

Qu Yuan Sebenarnya ini bukan cerita siri drama televisyen. Encik Qu Yuan terpapar dalam gambar adalah patung raksasa yang dibina oleh penduduk sekitar Jalan Waterloo sempena Perayaan Duan Wu 2008.

Bangunan yang berwarna merah di belakang patung raksasa Encik Qu Yuan ialah Pusat Rochor.Patung raksasa ini lebih kurang setinggi dua tingkat rumah.

Menyumbut Perayaan Duan Wu bukan sahaja boleh meningkatkan perusahaan pelancongan tetapi juga dapat mengekalkan kebudayaan traditional. Usaha masyarakat sekitar Jalan Waterloo bertungkus lumus melaksanakan Perayaan Duan Wu patut disanjung tinggi.

Thursday, June 5, 2008

Perayaan Duan Wu Di Singapura

Hotel South East AsiaSaya pergi ke Singapura bersama isteri pada minggu lalu. Kami berada di Singapura selama 3 hari 2 malam. Semasa di Singapura, kami berinap di Hotel South East Asia yang terletak di 190 Jalan Waterloo, Singapura.

Perayaan Duan Wu Di SingapuraJalan Waterloo sentiasa dibanjiri pelancong pada waktu siang dan malam. Secara kebetulan samasa kami melawat Singapura, masyarakat Jalan Waterloo menyambut Perayaan Duan Wu 2008. Aktiviti Perayaan Duan Wu diadakan mulai 29 Mei hingga 8 Jun.

Jalan Waterloo terang benderang pada waktu malam. Terdapat gerai-gerai menjual kuih chang sepanjang Jalan Waterloo yang berhampiran dengan Hotel South East Asia.

Perayaan Duan Wu Di SingapuraSaya tidak dapat menentang kelazatan kuih chang lalu memberi dua biji kuih chang. Saya menikmati kuih chang itu bersama isteri di bilik Hotel South East Asia. Kami sambil makan kuih chang yang sedap itu sambil minum teh lipton.