Friday, August 1, 2008

Informasi Melancong di Korea Selatan

Korea Selatan

Melissa yang berasal dari Philippines merancang melawat Korea Selatan pada tahun ini. Beliau bertanya saya berhubung dengan informasi melancong di Korea Selatan.

Korea Selatan merupakan sebuah negara yang mempunyai 4 musim dalam setahun. Kini, Korea Selatan berada dalam musim panas.


Musim Gugur

Sekiranya anda ingin menikmati keindahan pokok dengan daun berwarna-warni, anda patut pergi ke Korea Selatan pada musim gugur. Musim gugur Korea Selatan bermula pada bulan September.

Mt Sorak

Gelanggang ski adalah destinasi yang paling digemari pelancong pada musim sejuk di Korea Selatan. Selain berski, pelancong boleh pergi ke Mt. Sorak yang terletak di timur laut Korea Selatan.

Pemandangan Mt. Sorak pada musim sejuk sungguh mengagumkan. Seluruh Mt. Sorak diliputi salji putih pada musim sejuk.


Mata Air Panas

Ini gambar mata air panas yang terdapat di Mt. Sorak. Suhu pada musim sejuk di Mt. Sorak kurang dari 0°C. Mandi di mata air panas pada musim sejuk memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Sakura

Bunga Sakura berkembang pada musim bunga di Korea Selatan. Perkembangan bunga sakura bergantung kepada suhu sekeliling. Suhu di antara 10°C hingga 20°C sesuai untuk bunga sakura berbunga.

Post Berkaitan
Profil Google Zuiyanhong
Penulis Artikel Zuiyanhong
Safari World Korea Selatan
Istana Deoksu Korea Selatan
Dae Jang Geum Theme Park
Istana Gyeongbok Korea Selatan
Membeli Belah Di Korea Selatan

5 comments:

  1. Salam kenal juga..
    kalau ke Indonesia, silahkan berkunjung ke Biak, papua. :)

    ReplyDelete
  2. senpai, keren2 fotonya, akina ambil sakuranya ya hehehehe, danke, bhs korea terima kasih apa ya????

    ReplyDelete
  3. ANTARA MUSIM LURUH DENGAN MUSIM BUNGA MANA LEBIH BEST..?

    ReplyDelete
  4. Bui Junaidi:
    Berkunjung ke Korea Selatan pada musim bunga, anda berpeluang menikmati pemandangan sakura mekar.
    Manakala pada musim luruh, pemandangan pokok-pokok berdaun warna-warni sungguh mengagumkan.

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH ATAS INFO NYA YER
    BUI RASA NAK PERGI MUSIM LURUH KOT
    NAK TENGOK DAUN2 YG BERWARNA WARNI..HEHE

    ReplyDelete

Maklum balas anda adalah dialu-alukan.